curser

Thursday 23 July 2015

KURSUS UMRAH - JUARA TRAVEL & TOURS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

Di sini kami ingin kongsi pengalaman kami sekeluarga mengerjakan umrah dan ziarah pada 14 Mac 2015 - 24 Mac 2015 menggunakan perkhidmatan agensi JUARA TRAVEL TOURS, MUADZAM SHAH, PAHANG dengan bimbingan MUTAWWIF USTAZ SAFRI & USTAZ NAZMI.

p/s : boleh click tajuk lain pada sebelah kanan di bawah tajuk UMRAH & ZIARAH 

Kami diterbangkan menggunakan flight ETIHAD dan transit di Abu Dhabi. Alhamdulillah, dengan izin Allah di bawah bimbingan mutawwif Ustaz Safri & Ustaz Nazmi, kami dapat mengerjakan umrah sebanyak 3 kali iaitu sekali umrah wajib dan 2 kali umrah sunat. Ikutkan plan boleh buat 6 kali umrah iaitu 1 kali umrah wajib dan 5 kali umrah sunat tapi bergantung kepada larat tak larat laaaa...rajin tak rajin....hihi...

Kami akan cerita ikut step by step. Semoga anda terhibur dan tertarik dengan pengalaman kami ini. Diharapkan juga pengalaman kami ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat / ilmu yang berguna kepada anda di luar sana. LET'S START!!!!!!!!



Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

KURSUS UMRAH 

Setiap jemaah DIGALAKKAN menghadiri kursus yang dianjurkan oleh agensi masing2. Biasanya kursus dah termasuk sekali dengan pakej yang dibayar. macam kami ni....kami telah hadir kusus di SURAU KAMPUNG PERMATANG, TEPUNG NENASI, PEKAN PAHANG. disampaikan oleh Mutawwif umrah kami iaitu USTAZ SAFRI. memang best!!!!

Firman Allah Taala :

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّه

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah  (Surah Al-Baqarah : 196)




haaaa.....lihat pada fakta gambar di atas. terlalu ramai umat manusia mendaftar haji dan nak tunggu giliran buat haji ntah bila la umur kita akan ke sana. sebab tu lah....digalakkan menunaikan umrah terlebih dahulu.






untuk tahu lebih details berkenaan cara2 membuat umrah dan ziarah, sila link ke sini. saya sudah siapkan video untuk kemudahan semua.  


VIDEO MENGERJAKAN UMRAH













No comments:

Post a Comment