curser

Sunday 10 July 2016

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH AL-MUKARRAMAH - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SAUDARA-SAUDARAKU

UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH AL-MUKARRAMAH

p/s : cerita sebelum atau sesudahnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk Umrah & Ziarah. 

Jemaah kami siap mengerjakan umrah wajib lebih kurang pada jam 3 pagi. Kami tak balik hotel sebab dah lewat dan kejap lagi nak masuk waktu subuh. Nanti masjid akan penuh dengan ramai manusia. Jadi, kami stay dalam Masjidil Haram sambil membaca Al-Quran dan solat sunat. 

Tapi....rasa mengantuk sangat sebab perjalanan jauh daripada Madinah ke Mekah dan terus buat umrah wajib berjam-jam. So, sempat la tidur jap dalam masjid....Hihihihi.... Tidur dalam Masjidil Haram pun dapat pahala tau :)

Rezeki kami masa buat umrah sempat merasa buat tawaf kat Ring Mataf sebab sekarang Ring Mataf telah dirobohkan. Ring Mataf ni ada 3 tingkat. Kalau tak nak buat tawaf terkena panas terik, boleh buat tawaf di tingkat 2. Kalau nak keselesaan terutama membawa orang tua / orang sakit yang menggunakan kerusi roda, boleh la buat tawaf di aras 3. 

Tengah buat tawaf kat tingkat 3 tetiba hujan turun sedikit lebat. Seronoknya... Tempat tawaf basah tapi tak kotor langsung. Seolah-olah macam tak kena hujan. Masya Allah.... 

Dan di sinilah iaitu di tawaf tingkat 3...pertama kali saya solat maghrib kiri kanan depan belakang dengan jemaah lelaki sebab masa mereka tengah buat tawaf tetiba telah masuk waktu solat Maghrib. 

Jadi, mereka akan solat kat mana mereka berhenti. Memang rasa sangat tidak selesa sebab tak pernah solat bersebelahan dengan lelaki. Pulak tu masa tu mereka tengah pakai kain ihram. So, mereka sedikit seksi la...hihi 

Kepada yang teringin sangat nak pegang Multazam atau Hajarul Aswad, perlu berhati2 dengan orang yang offer diri untuk tolong bawakan. Banyak nasihat yang kami terima daripada jemaah yang pernah pergi sebelum ini supaya tidak mudah terpedaya kepada orang yang meng offer kan diri dia untuk bawakan anda pegang Multazam atau Hajarul Aswad sebab selepas itu mereka akan minta bayaran. Ada jemaah yang terkena bayaran sehingga mencecah RM500 tau. Haaa....kalau tak bayar nanti mereka akan kata HARAM.

Saya, ibu dan adik hampir2 terkena. Semasa kami cuba untuk dekatkan diri ke Hajarul Aswad tetiba muncul seorang lelaki yang tetiba tarik tangan ibu saya pergi ke Hajarul Aswad. Terus saya tanya pertolongan anda ikhlas atau dikenakan caj? Terus orang tu tak dapat jawab dan saya minta orang tu lepaskan tangan ibu saya. Eeeee....sesuka hati je tarik tangan ibu kite.

Kalau Allah izinkan untuk pegang dan cium Hajarul Aswad akan jadi sangat mudah. Abah saya tetiba terjaga tengah malam dan terus siap2 pergi buat tawaf. Selepas tu terus dapat cium Hajarul Aswad berkali-kali dengan sangat mudah dan takde orang tolak-menolak. Alhamdulillah...rezeki abah saya. Terima kasih Ya Allah.


Kelas Dhuha bersama Us. Nazmi. Antara nota penting yang sempat dicatit :
  • Orang muflis bagi Allah adalah orang yang banyak buat solat, bayar zakat dan beribadat tapi mereka juga yang paling banyak mengumpat / mengata orang dan ambil harta / hak orang.
  • Mudahnya dapat pahala bila membaca Al-Quran, dengan orang baca Al-Quran, pegang Al-Quran dan lihat Al-Quran.
  • Sesiapa yang mengerjakan umrah / haji akan dapat 2 perkara :
    • Allah akan kabulkan doa kerana mereka datang dari jauh untuk bertemu dengan Allah
    • Allah akan ampunkan dosa mereka yang memohon keampunan.
Di Mekah kami menginap di Hotel Knooz Ajyad. Adik kite saja nak bergambar depan hotel orang lain sebab kebetulan nama hotel ni sama plak dengan nama dia...MIRA. Huh...tak sangka nama MIRA glamour jugak kat degara Arab. Hihihi.... 

On the way nak ke Masjidil Haram untuk solat asar tetiba kami berempat dikepung oleh beberapa orang wanita yang bertubuh sangat kecil dan memakai kain telekung sangat labuh. Mereka beria-ia sangat kepung saya. 

Pastu salah seorang daripada mereka himpit belah kanan saya dan tetiba saya rasa sangat tidak sedap hati. Terasa macam ada tangan menyeluk dalam telekung dan cepat-cepat kita tarik beg kita. Pastu mereka terus larikan diri. 

Bila check bag tengok-tengok zip bag dah hampir terbuka kesemuanya. Alhamdulillah tiada hilang apa-apa. Mungkin sebab dalam beg tu ada Al-Quran. Terima kasih Ya Allah kerana Kau lindungiku dan keluargaku.

Tak boleh solat la plak....duduk dalam hotel bosan. So, kite duduk kat tangga tepi dataran sambil tunggu ma dan adik siap solat di dalam Masjidil Haram. Ingatkan kaum wanita yang duduk kat tangga tu semua tak boleh solat. 

Sekali...bila azan berkumandang kaum wanita yang duduk2 kat tangga tu solat sambil duduk kat tangga tu. Aduh....kite sorang je yang tak solat. Nak lari pergi tempat lain dah tak boleh sebab dah berhimpit2 dengan manusia yang tengah solat. Huhu...malunyeeeee....


Mentang2 lah tak boleh solat.....gi shopping KFC sat. Hihi...


Setiap kali nak balik hotel mesti singgah kedai aiskrim ni. Ya Allah....sedapnya. Aiskrim kat Malaysia pun tak sesedap aiskrim kat Mekah tau. Nikmatnyaaaa....


Niat nak beli jam bernombor tulisan arab di Mekah termakbul akhirnya. Walaupun murah tapi En. Hubby belanja seikhlas hatinya. Terima kasih Ya Allah....


Kalau ternampak bangunan nama Bin Dawood...silalah masuk yer sebab ini shopping complex. Kat Madinah dan Mekah ada cawangan. Shopping jangan tak shopping. Hihihi.....


Setiap waktu mesti ada solat jenazah. Jenazah plak lebih daripada seorang pada setiap waktu. Seorang pakcik daripada jemaah Juara Travel (tak ingat dari negeri mana) yang tinggal sama hotel dengan kami meninggal di Hotel Mekah. Ya Allah....beruntung mereka dapat meninggal dunia di Mekah. 

Barangsiapa solat jenazah akan mendapat pahala 1 qhirad. Kemudian, selepas solat jenazah, bagi mereka yang mengikut jenazah sehingga selesai dikebumikan akan mendapat pahala 2 qhirad. 

1 qhirad adalah bersamaan sebesar Bukit Uhud. Jika 2 qhirad sebesar 2 Bukit Uhud. Masha Allah...dah la solat jenazah di Masjid Nabawi dapat pahala 1000 kali ganda dan di Masjidil Haram dapat 100,000 kali ganda ditambah pula dengan pahala sebesar Bukit Uhud. Allah Maha Kaya dan Pemurah. 


THARIQ!!! THARIQ!!! hehehe....mesti yang dah pernah ke sini rindu perkataan ni. Mula2 tak paham....dah lama2 tu baru paham maksud perkataan ni. Perkataan ni akan disebut semasa tengah crowded macam dalam gambar atas ni. JALAN!!! JALAN!!!

Cerita kami dah nak sampai ke penghujungnya....tunggukan episod terakhir kami yer. Huhuhuhu...sedihnya. Rasa tak nak balik ke Malaysia. Nak duduk di Madinah dan Mekah hingga ke akhir hayat. Sebab di sini tak akan fikir langsung pasal kerja dan duniawi. Di sini akan sentiasa fikir nak beribadah 24jam jer.