curser

Tuesday 12 May 2020

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG - PART III

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG 
PART III (Nov 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca blog kami. Kali ni kita sambung part III pula ya.

Next story boleh click kat kotak belah kanan tajuk Pulau Tioman. 


Day 2 : 15 Nov 2019 (Jumaat) - Aktiviti Petang
Masa untuk menjelajah Kampung Tekek, aktiviti memancing dan bawa budak-budak mandi pantai.
Excited nak pergi mandi pantai. Duduk plak atas Storm. Heaven gilerrrr....
Anjang plak excited nak memancing. Anjang...mana tangan kiri Anjang?????
Seronoknya duduk kat belakang storm. Berangin kuat. Wuhuuuu....
Kat sini pun ada padang golf tau... 
Pemandangan sekitar Berjaya Resort

Nampak tak ada bangunan atas bukit tu. Ituah Shahzan Villa Tioman antara villa yang termahal di Pulau Tioman. 
Siap ada cable car nak naik atas tu. Saya tak sure harga untuk 1 malam. Maybe boleh cecah beribu kot. Dalam video ni saya sebut RM5k main agak je. Hihi....
Kami ada nampak signboard kecil tunjuk arah simpang masuk ke Kg. Juara. Tapi kami dah diberi makluman tidak dibenarkan ke sana sendiri. Kalau nak ke sana mesti ada orang yang bawakan sebab jalan nak ke situ agak bahaya sebab kena lalu hutan...naik bukit..turun bukit. Tengok simpang nak masuk tu pun dah seram. Hoho.... Penduduk di situ maklumkan pulau Juara cantik sangat dan pelancong suka ke situ. 
Meh kami bawa korang tengok pemandangan di Kampung Tekek.
Lagi suasana di Kampung Tekek. 
Ok...yang ni pula suasana sepanjang Jeti Kekek. Ya Allah...cantiknya. Sejuk mata memandang. Haaa...kat sini ada BSN tau. Comel jer bangunan BSN. Hihi...
Lapangan Terbang Tioman
Yang ni plak pemandangan bukit hutan yang mendamaikan. Sejuk woooo!!!!
Kami dimaklumkan ini jeti TNB. Maksudnya TNB akan guna jeti ini untuk urusan kerja, turun naikkan barang. Memandangkan abah kami nak memancing dengan tenang....makanya kami pun terpaksa lah mandi dekat area sini je. Hahaha....best jugak sebab takde orang. Privacy sangat.
Ok lah....masa untuk memancing & mandi. Yehaaaaa!!!!!! Yang pergi memancing of course la kaum lelaki je. Kami yang gugirl ni mandi dan lepak tepi pantai sambil makan minum. Heaven sungguh!!!
 Berkemah... Berkemah....Berkemah...
Sama Si Nopal...Si Nopal...Si Nopal...
Anaknya Bahenol...Bahenol...Bahenol... Hihi.... Lagu hit di Indonesia.
Ecah & Alia jumpa ketam & gelas kaca yang dah pecah kat pasir pantai. Huuuuu...giler la yang gelas pecah tu. Bahaya betul. Terus kami buang ke dalam tong sampah.
Nampak tak ada banyak warna hitam tergantung kat Pokok Rhu. Itu kelawar laa... Bila tengok dekat-dekat geli....eee.... Waktu siang diorang tidur situ. Kang malam diorang terbang la....eeee.....
Ok lah...dah siap mandi. Moh le balik ke apartment. Bersihkan diri sebab malamnya nak gi dinner kat luar. 
Yea..... dah siap mandi pantai dan sekarang on the way balik ke apartment dan nak bersiap-siap pergi makan kat luar. Budak2 ni semua happy sangat. 


Day 2 : 15 Nov 2019 (Jumaat) - Aktiviti Malam
Sebelum dinner...kami beli Satey Faili untuk isi perut dulu. Lepas mandi pantai kan lapooooo... Nak tunggu dinner ke malam lambat pulak.
Nak makan kat Kampung Tekek kena buat survey dulu sama ada buka atau tidak. Risau nanti keluar malam kedai tutup. Haruuuuuuu.....dah la perut tengah laparkan. So, kami decide nak makan malam di restoran ni.
Memandangkan dah waktu malam, bahaya untuk kaum ibu dan budak2 kecil duduk kat atas Storm. Jadi, saya terpaksa mengalah duduk kat atas Storm sebab tak muat duduk kat dalam. Hahaha... Kena berani kan diri. Mujur ada adik ipar lelaki Uda & Anjang.
 Nama restoran ni Al-Jannah Tom Yam Seafood Peladang. Harga boleh tahan juga tapi kami faham sebab kat sini nak dapat bahan mentah mungkin susah dan ini kan kawasan pelancongan. Nama pun bercuti kan... Yang penting dapat berkumpul satu family.
 Sebenarnya kan....abah kami tak setuju makan malam kat luar sebab membazir. Dia prefer masak je dan lebih jimat. Masalahnya esok dah nak balik. Masa bila lagi dapat makan kat sini. Lepas tu...kami ni kaum hawa dah bosan memasak. Masa ni lah dapat dinner bersama-sama sambil bergosip. Hoho....
Pastu memont paling sweet....tetiba Kampung Tekek black out. Huhu.... nasib kami dah siap makan. Best jugak tengok dunia gelap sekejap. Pemandangan yang sangat cantik.

Ok lah....dah selesai makan balik apartment dan tidoooooooooo..... Jumpa last episod di next link ok.

No comments:

Post a Comment