curser

Tuesday 6 November 2018

PERJALANAN KLIA KE AIRPORT KUALANAMU - MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

PERJALANAN KLIA KE AIRPORT KUALANAMU - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018) : 

Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!!! Alhamdulillah, ini adalah kali kedua saya dan suami dapat bercuti di Medan iaitu kampung Kak Desy.

p/s : cerita sebelum atau selepasnya bolih click tajuk lain pada sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

1st time pergi pada 13 Ogos 2014 – 19 Ogos 2014 (7 Hari 6 Malam). Masa tu mak ayah mertua ajak. Takkan nak tolakkan. Rugilah kalau tolak. Yang pergi masa tu 8 orang iaitu mak ayah mertua, Kak Desy, Aisyah, Alia, Anjang, saya & suami.
2nd time pergi Medan pada 14 Mac 2018 – 22 Mac 2018 (9 Hari 8 Malam). Masa tu tetiba mak ayah mertua ajak. Takkan nak tolakkan. Unexpected sebenarnya sebab saya, suami & mak ayah mertua baru je pergi Umrah pada Dis 2017. Tup-tup nak bercuti ke Medan pada Mac 2018.
Dan yang paling seronok kali ni pergi ramai sangat iaitu 13 orang….saya, suami, mak ayah mertua,  Kak Desy, Aisyah, Alia, Anjang, Uda, Andak. Lepas tu tetiba Kak Desy ajak Mak Alang, Marsha (anak Mak Alang) dan Mira (adik kita). Hahahaha…rasanya adik kita yang terlebih excited. Maklumlah, takde pasangan nak bercuti. So, terpaksa la menyelit dalam family abg ipar dia. Kikiki…. Tapi sedih juga sebab Angah sekeluarga tak dapat join sama.

Day 1 : 14 Mac 2018 (Rabu)
7.30 am : Saya, suami & adik Mira bertolak dari Muadzam Shah, Pahang ke rumah mertua di Segamat, Johor.

9.30 am : Gerak dari Segamat, Johor ke KLIA. Bawa 3 kenderaan. Kereta saya, kereta Andak & Pajero Abah. Berhenti makan tengahari di gerai makan Kak Wok Pedas Linggi, Negeri Sembilan. Sedapnya masakan orang nogori….masak lomak cili api. Pelbagai lauk kampong. Terbaik!!!!
1.00 pm : Solat di Masjid KLIA, Masjid Sultan Abdul Samad. Eh, tersama plak nama masjid ni dengan nama ayah mertua. Bangga oooo.... Kami solat jamak Zohor & Asar di sini.
Lepas solat, kami dihantar ke KLIA. Lepas tu, suami, ayah mertua dan Andak tumpang parking kereta kat apartment Mak Alang di Sri Kembangan. Jimat duit parking dan In Syaa Allah selamat parking sebab ada security guard. Dulu masa tahun 2014, kami parking kereta kat KLIA.

Flight kami di KLIA jam 8.00 pm (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Kualanamu 8.00 pm (waktu Indonesia). Macam tak bergerak je kan? macam sekelip mata je dah sampai sebab gerak pukul 8 malam dan sampai pun pukul 8 malam. Macam magic je. Kat Medan awal 1 jam. Kalau waktu Malaysia jam 9.00 pm. 

Semasa di airport KLIA nak masuk flight, saya & suami ada perasan sorang mamat ni handsome, Nampak alim2 kucing. Rasa nak berkenalan konon-kononnya nak kenenkan dengan adik. Suami sempat la tegur. Dia orang Melayu Deli, Medan. Tapi tak sempat nak tanya nama & ambil no. telefon. Sorry adik….melepas daaaa :( Tapi......sempat la ambil video curi2 buat kenangan. hohoho....

Kami disambut oleh Abang Kak Desy a.k.a Pak Ngah. Naik bas….ramai kan. Comel giler bas tu. Dah la warna pink. 
Masa tahun 2014 naik motokar je tapi di sana panggil 'Angkot'. Dah la kena duduk depan sekali dengan suami. Supir (driver) bawa ok...berhemah tapi kenderaan lain bawak laju giler. Kat sana main hon-hon je. 

Kemudian, kami singgah makan malam. Plan asal nak makan nasi padang kat kedai yang paling sedap tapi kedai tu tutup kebetulan owner kedai tu meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang beriman. Amin…

Jadi, kami singgah kedai ayam penyet. Tapikan....kenapa nama kedai dia nasi Ayam Penyet Johor? Dah terasa macam kami ni kat Johor bukan kat Medan :) Ditambah plak pekerja situ siap pasang video music penyanyi Malaysia spt Wani Hasrita, Khai Bahar. Hahahaha…sabo je lah. Pasang je la lagu Indonesia…kami lagi terhibur kot. Kedai nampak wow tapi makanannya... Hmmm….not bad la. Biasa2 je...Lepas tu portion sikit...tak cukup. Dah la tengah lapar. Huwaa.... :( Saya boleh bagi 3/5 bintang. 

Ok, tamat dulu di sini untuk chapter 1. Nanti saya sambung cerita seterusnya pula. OK...babai.