curser

Thursday, April 11, 2019

PENATAPAN - MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

PENATAPAN - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Assalamualaikum dan kabare!!!! Ok, sambung cerita ke Penatapan. Penatapan ni tempat yang tenang dan sejuk bangat di kawasan pergunungan. Kalau nak ke Berastagi atau Danau Toba, confirm akan lalu Penatapan dan wajib berhenti untuk hirup udara yang sangat mengamankan. Skemanya ayat. Why?? Why?? Hahahaha....

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
Day 3 : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Hari ni kami nak shopping di Berastagi. Tapi....sebelum tu wajib singgah dulu di Penatapan. 

Uolls wajib singgah tau. Serious...tak tipu. Udara kat sini sangat sejuk dan fresh. Sebab Penatapan ni terletak di kawasan pergunungan. Kabus kat sini tebal...dah rasa macam dah pegang awan. Tenang sangat....Berehat sekejap sambil tengok pokok dan hirup udara segar. 
Kat sini ada banyak kedai makan sambil tengok panorama yang indah. Nama kedai semua nama pasukan bola sepak. Korang pilihlah mana yang berkenan ye. Haaa...tapi berhati-hati pastikan kedai yang jual makanan tu Halal.
Ada orang jual makanan cucuk lidi. Kalau kat Malaysia macam nugget / fishball cucuk lidi. Kami beli sate kerang. Hmmm...nom...nom...nom...
Dengan cuaca yang sejuk tu, memang sesuai sangat pekena jangung bakar atau jagung rebus. Nampak tak jagung tu masih berasap-asap tu. Wuuuuu....
Jagung ni manis....fresh. Memang sedap sangat. Terbaik!!!!!
Kenangan tak boleh dilupakan kat sini. Air Teh O manis giler. Tak boleh nak minum langsung. Selori kot bubuh gula. Huhu....
 Anak dara 2 orang ni suka betul dengan sate kerang.
Hati-hati kat sini....ada beruk/monyet suka ambil barang orang. Ni dia baru dapat cilok botol minuman orang. Tapi, sebelum tu dia dah kebas jajan orang. Hahahhaa...sabar jelah ya.

Ok, tadi tu gambar kenangan Penatapan pada tahun 2018. Kami on the way nak ke Berastagi pada waktu pagi. Di bawah ini pula adalah gambar kenangan kami di Penatapan pada tahun 2014. Kami on the way nak ke Danau Toba pada waktu malam.
Hai....ini Ririn. Kebetulan masa kami ke sini adalah malam Merdeka untuk negara Indonesia. So, suasana waktu malamnya sama sahaja dengan negara Malaysia. Ramai anak muda naik motor ramai-ramai keluar pada waktu malam.
Kami gerak tengah malam. Lagilah sejuk kot.....Dah pakai baju sejuk pun tapi masih tak tahan. Nasib ada kain batik/pelikat buat selubung badan. Orang debab yang penuh lemak macam saya ni pun tak tahan tau. Orang kurus lagi la tak tahan. 
 Baru teragak nak makan pecal...tapi dah habis. Huwaaa....
So, kami pekena air panas dengan makan Wajik je. Boleh la...frust sebab tak dapat makan pecal. Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
Kedai kat Penatapan ni biasanya mereka buat 2 tingkat. Kalau nak tengok pemandangan lagi cantik naiklah tingakt 2. Tapi dah malam....tak nampak apa-apa. Gelap gelita. Huhu....
Surau pun ada untuk berhenti tunaikan kewajiban kepada Allah. Saya perasan kat Indonesia ni mereka tak panggil surau tapi mereka panggil Musollah. Bagus...memartabatkan bahasa arab.

Ok lah ya. Dah mengantuk. Sambung next story wokeh. Ok bai!!!!