curser

Tuesday 15 July 2014

PUDING ROTI BAKAR & KUAH KASTARD

PUDING ROTI BAKAR & KUAH KASTARD


Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Alhamdulillah....hari ni dah masuk puasa yang ke 17. Suami saya mengidam nak makan puding roti bakar bersama kuah kastard. Dia kata puding roti yang paling sedap dia makan masa kami sama-sama sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, Melaka pada tahun 2009.

Abang....minta maaf la saya tak ingat la macammana rasanya sebab dah lama sangat tu....masa honeymoon pada tahun 2009. Maaf la kalau puding roti yang saya buat ni tidak sesedap kat Hotel Seri Malaysia, Melaka tapi saya akan buat seikhlas hati untuk suami tercinta.

Bahan Puding Roti :

1 buku roti saiz kecil (brand tak kisah...saya pakai brand gardenia)

1 keping 'ibu roti' & 1 keping 'buntut roti' (ala....dalam bungkusan roti tu, ibu roti yang paling atas dan buntut roti yang paling bawah...saya nak gunakan untuk hiasan)

2 cawan susu segar atau 500ml susu segar

4 sudu besar gula halus

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

2 sudu besar mentega yang cair

kismis / chocolate chip / cherry (ikut suka nak letak banyak mana)



Bahan Kuah Kastard :

1 tin susu cair 

1/4 tin air (gunakan tin susu cair tadi)

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar gula




Cara - Cara Buat Puding Roti :

Sediakan mangkuk besar. Masukkan telur dan gula dan kacau hingga sebati.
Masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati juga.




Lepas tu masukkan susu pulak. Rupanya seperti ini...




Carik-carikkan roti dan masukkan dalam mangkuk tadi. Make sure jangan masukkan lagi ibu roti dan buntut roti yer....yang itu akan digunakan untuk hiasan

Kemudian masukkan kismis / chocolate chip / cherry dan gaul hingga rata. Dalam resepi saya ini saya tak masukkan kismis / choc chip / cherry sebab suami saya tak suka. Dia suka yang original. Tapi saya suka letak tu semua. Huwaaaaa...kena la mengalah demi suami. Huk...huk...huk....

Ok...jangan layan sedih tu nanti kuih tak sedap plak. Biarkan roti tersebut terendam dan meresap seketika yer...




So...sementara tunggu roti tu, kita buat kerja lain dulu. Boleh la panaskan oven pada suhu 180C. Lepas tu boleh la sapukan loyang dengan majerin supaya puding tidak lekat apabila dibakar nanti.

Agak-agak bila roti dah terendam sebati lebih kurang 10-15 minit, boleh la masukkan roti tersebut ke dalam loyang. 

Masa ini lah saya taburkan ibu roti dan buntut roti yang telah dicarik supaya bila dibakar nanti ada rangup2 sikit dan ada la nampak coklat keemasa sikit. Chewah.... Korang pun boleh hias atas tu dengan taburkan sedikit kismis / choc chip / cherry. 



Lagi cantik kalau letak kismis / choc chip / cherry untuk hiasan. Jangan ikut sangat cara hiasan saya seperti gambar di atas yer. Dah suami saya suka macam tu nak buat guane kan. uhuk....uhuk...uhuk... :(

Kemudian, bakar pada suhu 180C selama 30-40 minit. 

Sementara tunggu puding siap dibakar, kita siapkan kuah kastard pulak.


Cara - Cara Buat Kuah Puding :

Masukkan kesemua bahan kuah kastard ke dalam periuk kecil dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

Kepekatan kuah ikut suka hati lah. Tapi........pastikan semasa masak tu kena guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul yer.

Lepas kuah kastard dah siap, boleh la sejukkan dulu pada suhu bilik. Nak lagi sedap............sejukkan kuah kastard tu dalam peti sejuk. Perghhh....sedap tu!!!!!!!


Tadaaaa......dah siap untuk dimakan. Ala....sorry la yer. Gambar dalam pinggan cantik saya takde la. Yang ada gambar dalam bekas makanan jer sebab kejap lagi saya nak bawa bekal ini kat kedai buah suami saya. Kami nak berbuka puasa sama-sama.



SELAMAT BERBUKA PUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2014