curser

Friday, August 21, 2015

PENGALAMAN DI MADINAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

PENGALAMAN DI MADINAH

Alhamdulillah....akhirnya sampai ke cerita utama iaitu MADINAH. Allahuakbar.....terasa seperti mimpi apabila dapat jejakkan kaki di tanah nabi Muhammad S.A.W.

cerita sebelumnya atau seterusnya sila click link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

Setelah 4-5 jam perjalanan daripada Jeddah, akhirnya kami sampai di bumi Madinah. Mutawwif akan bagi serba sedikit taklimat dalam bas apabila telah sampai ke Madinah.

Ingat ye kawan2....bila dah sampai ke Madinah....kite kena baca doa jejakkan kaki di Madinah. Kalau tak hafal boleh rujuk pada buku gantung kat leher. tengok buku tu....sentiasa ada di tangan. jangan ditinggalkan yer. sangat2 berguna2.

 Haaa....barulah nampak pokok hijau. Selama perjalanan daripada Jeddah ke Madinah nampak batu jer. Kan cantik bila ada pokok hijau kan...

Kat sana....jika nak pokok sentiasa hijau, mereka buat piping kat setiap pokok supaya pokok mendapat air yang secukupnya. 

 Banyak sangat hotel. Tak nampak syarikat2 besar atau perumahan penduduk kat sini. kalau ada pun jauh sikit la...

Tak pasti itu bangunan apa....

Masya Allah....cantiknya pembinaan hotel di sini. Hotel di Madinah sangat tersusun kerana tanah buminya yang rata. Berbeza hotel di Mekah tidak tersusun kerana tanahnya berbukit bukau

Nampak tak ada bangunan roboh? Haa....kat sini pembinaan hotel sangat rancak. Ada yang dirobohkan, ada yang tengah dalam pembinaan. Bila tengok hotel yang roboh tu dah macam mainan plak... 

Tengok traffic light tu,,,,ada traffic light kecik kat tiang tu. Tak pasti untuk apa....pastu cuba tengok kat jalan raya tu. Ada banyak batu2 kecilkan? Kat Madinah dan Mekah memang banyak batu2 kecil kat jalan raya tu sebab negara mereka kaya dengan batu. Kalau kat Malaysia guna cat buat line/garisan kat jalan raya.

Nak shopping? Jangan risau....ada banyak pilihan dan kedai2nya tak jauh pun. Setiap hotel mesti ada je kedai shopping. Setiap kali nak pergi ke masjid atau balik dari masjid mesti akan lalu depan kedai2 ni. Kalau arah balik dari masjid tu ok lah nak shopping. Kalau arah nak pergi masjid memang kena kuatkan iman jaga mata jangan nak usha2 barang nak shopping. Hihi....

Kami tinggal di HOTEL JAWHARAT AL-ASIMAH. Ini kawan sebilik dengan kami...Makcik Lin dan Pakcik Rashid dan anak lelaki mereka. Ingatkan bujang rupanya dah kawen. Melepas untuk adik aku....hahahaha...

 Ada masa free selepas solat subuh dan breakfast boleh la berjalan2 di sekitar situ. Insya Allah...tak akan sesat. Banyak tempat2 bersejarah di situ.

Ikutkan kami kena berjalan bersama mutawwif tapi abah kamikan dah pernah ke sana...So, abah kami la yang jadi mutawwif kami. Dengan penuh confident plak tu abah jadi mutawwif tak berlesen. Pastu apa yang abah sampaikan cerita atau sejarahnya pun kami tak tahu la tepat ke tidak fakta yang diberikan. Hahahaha....abah....abah....sesuka hati jer.

Cuaca masa ni tak lah panas sangat tapi saje nak pakai spec hitam sbb silau sikit. Hihi...cuaca masa ni berangin....mutawwif cakap bulan Mac adalah peredaran cuaca sejuk ke panas

 Nak berjalan pakai pakaian kasual dan santai pun boleh janji pakaian tersebut sentiasa menutup aurat

 Melawat masjid-masjid para sahabat Rasulullah tapi kami tak ingat masjid ini siapa punya. Ada Masjid Ghamama, Masjid Ali r.a dan Masjid Umar r.a

 Masjid-masjid ini dijadikan tempat para sahabat menyampaikan dakwah atau khutbah seperti khutbah raya, dll

Masjid-masjid ini dibina sebagai tugu tapak tempatnya para sahabat berdakwah dan dijadikan tempat bersejarah. Walaupun itu masjid tetapi semua orang sembahyang di Masjid Nabawi kerana jaraknya lebih kurang dalam 100 meter sahaja. Lagipun solat di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda.

 Melawat pasar baru dan pasar lama. Pasar lama adalah tempat Rasulullah meniaga, Haaa....kepada yang ada business sendiri anda telah mengikut salah satu sunnah Rasulullah. Alhamdulillah...

 Ini adalah pasar baru. Barang2 jualan ditinggalkan macam tu jer. Insya Allah....tiada siapa yang berani mencuri kerana penduduk di Madinah semua dari golongan baik2.

Shopping....jangan tak shopping. Kami beli jubah, inai, perfume, dll

 Banyakkan burung? jangan risau burung ini tak akan berak atas korang dengan syarat korang jangan fikir atau terlintas di hati ayat seperti ini...."eh, burung banyak2 ni tak terberak atas orang ke?" Pop...confirm nanti burung tu berak atas korang. Hahahahha...So, lebih baik diam jer. Jangan banyak cakap yer :)


Ustaz cakap....kat Madinah atau Mekah nanti jangan terhad bersedekah kepada sesama manusia sahaja. Sedekah boleh dipanjangkan kepada binatang lain seperti beri makan dan minum kepada burung dan kucing. Masya Allah...mudahnya nak bersedekahkan?

Ok, kita sambung next story pula yer.






1 comment: