curser

Tuesday 12 May 2020

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG - PART II

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG 
PART II (Nov 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca blog kami. Kali ni kita sambung part II pula ya.

Next story boleh click kat kotak belah kanan tajuk Pulau Tioman. 

Day 2 : 15 Nov 2019 (Jumaat) - Aktiviti Pagi
Masa untuk aktiviti pertama kami kat Pulau Tioman. Ala..... Kami baru jer excited nak keluar jejalan tapi hujan lebat sangat. Huwaaaa..... 
Alhamdulillah mujur sekejap jer hujan. Dapat la kami keluar berjalan-jalan. Yehaaaaa!!!!!
Ikutkan hati ni nak je buat aktiviti pakej seperti gambar kat atas. Dah alang-alang sampai kat pulau yang cantik ni kan...rugilah tak buat snorkeling. Huhu.... Tapi tahu dah...abah mertua tak akan setuju punya lah tambah-tambah lagi melibatkan keluar banyak duit. 
Takpe lah, lagipun kami ada bawa anak-anak kecil. Macam kurang sesuai buat aktiviti ni.
Kebetulan kami ada terjumpa dengan seorang abang yang uruskan sewa kenderaan semasa kami mula-mula sampai kat Jeti Tekek. Kami ada juga tanya beberapa penduduk dan staff hotel kat situ, abang ni boleh dipercayai ke? Risau kami kena tipu. Alhamdulillah... mereka kata OK.
Memandangkan kami ada 3 keluarga, takkan nak sewa 3 kenderaan. Lari bajet oooooiii. So, kami sewa 1 Kembara dan 1 Storm. Harga RM200 untuk 1 kenderaan untuk 1 hari suntuk. Maksudnya kami spend RM400 untuk sewa dua kenderaan. 
Heading to Taman Laut Pulau Tioman. Sukanya budak-budak ni duduk kat atas Storm.

Tempat pertama kami pergi adalah Pusat Taman Laut. Tempat ni terletak hujung kampung Tekek. Masuk adalah percuma.
Wajib laaa bergambar depan ni bukti dah sampai. Hohoho....
Landscaping kat sini pun nampak cantik. Hijau jer....
Dah macam rombongan tadika jer. Hohoho....
Kat dalam museum ni ada penyu betul yang telah diawetkan. Korang wajib pegang especially kat leher penyu tu untuk rasa perbezaan penyu tulen dengan penyu tipu. Rasa lembek... Eeee....rasa macam hidup plak penyu tu. Hahahaha... Best giler. Our new experience!!!!
Museum ni memang sangat sesuai untuk tambah ilmu pengetahuan dan sangat sesuai untuk yang bawa kanak-kanak.
Lepas dah pergi museum, kami tengok ikan dan bagi ikan makan kat taman laut. Tempat ni betul-betul depan museum. 
Kat sini ada sediakan tempat orang awam untuk lihat dan beri ikan makan. Terhuyung-hayang lalu atas ni. Siapa yang tak biasa memang pening la. Hahaha....
Memandangkan tak dapat snorkeling....moh le kita tengok je ikan ya. Jernih betul air laut. Boleh nampak ikan cantik dan warna-warni. Jakun sekejap. Keh...keh...keh.... Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak dan diorang memang suka giler. 
Anjang tengah feeling cari cinta hati ke tu?
Nak juga sweet. Hihi....
Mia dengan nenek
Angah dan Uswa. Nanti Uswa dah besar boleh la ke sini lagi ya.
 Subhana Allah... Masya Allah cantiknya ciptaan Allah. Rasa tenang sangat bila lihat pemandangan ni.
 Ok anak-anak....moh le balik hotel semula. Atok nak pergi solat jumaat juga walaupun sebenarnya boleh je jamak. Nak merasa suasana solat jumaat di tempat orang.
Sebelum tu, kami singgah di Vision Commerce Sdn Bhd. Katanya ni tempat bebas cukai tapi barang pun tak banyak pilihan. Tapi dah masukkan....beli la coklat sikit. Hihi... Dalam ni ada banyak jual air arak untuk pelancong asing.
Lepas tu kami singgah ke kedai runcit untuk beli barang memasak. Kat sini ada banyak kedai runcit. So, tak perlu risau ok. 
Dari Vision Commerce Sdn Bhd nak ke Agrobazaar Rakyat...kami saje nak jalan kaki. Seronok wei....segar betul udara kat sini.
Lepas tu, aktiviti kami yang mak-mak memasak la. Budak-budak main je dalam hotel. 
Yang lelaki plak semua pergi solat Jumaat. Alhamdulillah....

Ok, kita jumpa next episod. Stay tune!!!!!




















No comments:

Post a Comment