BERCUTI DI PULAU PANGKOR, PERAK
Assalamualaikum semua!!!!!!!!!!
Hari ni kami nak share pengalaman bercuti di Pulau Pangkor. Sebenarnya, kami dapat 2 keping free voucher percutian di Swiss Garden Apartment Lumut, Perak pada 21 - 23 Sept 2019 (3H 2M). Dapat booking tarikh tu pun last minute. So, kami pun tak plan nak jalan2 kat mana area Lumut, Perak. Yang terlintas masa tu nak spend cuti jelajah Pulau Pangkor je.
Day 1 : 21 Sept 2019 (Sabtu)
8.30 am - Kami berlima bergerak dari Muadzam Shah, Pahang. Sebenarnya, malam sebelum bergerak tu, saya rasa tak sedap hati. Masa nak packing baju tu pun rasa macam tak excited je. Tapi, malas nak fikir benda tak baik.
9.30 am - Kami accident langgar beruk kat Palong (lagi sikit nak sampai timbang JPJ, Negeri Sembilan). Eh...bukan kami langgar beruk tapi beruk tu yang langgar kami. Kami bawa kelajuan standard 100/km je. Huhu....terus tak boleh bergerak kereta kami.
Haish.... time kritikal macam ni la plak nak memerut. Kami menapak ke timbang JPJ nak tumpang tandas sekali kunci. Huwaaa.... kat semak la jawabnya. Huhu... Kalau nak jalan2 wajib standby air paip dalam botol dan wet tissue.
Macam seram plak tenung lama2 kat apartment tu. Heee...heeee...heee....
8.30 am - Kami berlima bergerak dari Muadzam Shah, Pahang. Sebenarnya, malam sebelum bergerak tu, saya rasa tak sedap hati. Masa nak packing baju tu pun rasa macam tak excited je. Tapi, malas nak fikir benda tak baik.
9.30 am - Kami accident langgar beruk kat Palong (lagi sikit nak sampai timbang JPJ, Negeri Sembilan). Eh...bukan kami langgar beruk tapi beruk tu yang langgar kami. Kami bawa kelajuan standard 100/km je. Huhu....terus tak boleh bergerak kereta kami.
Tempat rahsia. Akan dikenang sampai bila2. Hohoho.....
Kami minta bantuan jiran kami kat Desa Keranji, Pakcik Din untuk bawa kami pulang ke rumah semula. Tapi, yang kelakarnya Pakcik Din pergi Paloh Hinai menghala ke Kuantan. Hahaha...adoyai. Dah naik kematu kami kat sini.
12.30 pm - Kami singgah sekejap di Balai Polis Bandar Tun Razak (Keratong) untuk buat laporan polis untuk tujuan claim insurance. Rasa macam kelakar pulak bila buat laporan polis isu pasal beruk. Hahaha....
Kami pulang ke Muadzam semula bersama Pakcik Din. Husband saya terus ke Segamat untuk uruskan insurance. Kami balik mandi, solat Zohor, lunch dan berehat sekejap.
2.30 pm - Kami berempat terus ke Segamat nak jemput husband saya. Alhamdulillah, kereta kami dah selamat sampai ke Nissan service.
Naik kereta adik....mujur muat. Hahaha... Berjasa sungguh ni. Hihi...thank you adik. Mmmmuaaahhhh!!!!!
Alhamdulillah kami selamat sampai di Swiss Garden Apartment Lumut jam 12.30 am.
10 jam perjalanan daripada Segamat, Johor.
10.00 am : Kami terus bergerak ke Jeti Lumut. Perjalanan tak sampai 30 minit daripada Swiss Garden Apartment Lumut
Dari jauh dah boleh nampak tempat parking ni. Murah giler parking dan Insya Allah lebih selamat.
Lepas tu, kami sarapan di stesen bas.
Kami nak bergambar kat sini pun tak sempat sebab abah tak suka berlama-lama. Abah kami sejenis semuanya nak kena cepat. So, kami amik gambar dari Google je la. Huhu....
Depan kaunter jual tiket feri, ada 3 buah meja. Mereka promote untuk sewa kenderaan bila dah sampai Pulau Pangkor. Bagus jugakkan. Kalau nak sweet-sweet boleh la sewa motorsikal. Tapi, kami bawa ma & abah... So, kami pilih sewa Wira RM80. Boleh guna selama mana janji kena pulang semula pada jadual akhir feri iaitu 8.30 pm.
Tiket feri kami gerak jam 11.15 am. Perjalanan dalam 30 minit sahaja. Kejap aje...
Bergambar satu keluarga sebelum naik feri. Tengok abah tu....susah nak pandang kamera :)
Suasana dalam feri. Sejuk giler....
Berangan jadi Neelofa ke tu???
Alhamdulillah...kami dah selamat sampai di Jeti Pulau Pangkor.
Masa untuk jelajah pulau. Wehuuuuu!!!!!!!!!!!!
Van teksi warna pink.... keunikan di Pulau Pangkor
Masa tempah kata dapat Wira Auto. Sekali dapat Wira Manual. Mujur husband kita pandai bawa manual. Kalau kami gegirl bawa manual....dah nangis ni. Hoho.....
1st thing yang kami buat adalah isi minyak kereta dulu. Orang tu kata isi RM10 pun dah cukup tapi kami mcam risau tak cukup je. So, kami isi minyak RM15. Huhu....
Ronda-ronda naik kereta sewa. Bestnya....terasa macam berjalan-jalan kat Danau Toba, Medan Indoensia.
Tempat pertama yang kami jelajah di pulau ini adalah melawat Hasil Laut Pak Su.
Satu-satunya kilang hasil laut yang diusahakan oleh golongan Muslim di pulau ini. .
Jom...support business Pak Su
Bergambar dengan banner Pak Su je lah. Dah macam Pak Su betul2 ada kat belakang kitorang plak. Seram plak. Hahahaha....
Abah pun nak jadi macam tauke Pak Su ker tu???
Abah kami beli ikan masin Yu. Punyalah banyak jenis ikan...Ikan Yu yang dipilhnya. Hahaha...sabar aje lah.
Ok....lepas dah puas shopping kat Kedai Hasil Laut Pak Su, kita singgah ke kedai berdekatan Pak Su....sambung shopping lagi. Hihi....
Tak ingat apa nama kedai ni tapi dia ada sotong besar. Hohoho....
Ok...cukup2 dah shopping. Kami nak tunai kewajipan kepada Allah.
Kami solat jamak Zohor & Asar di Masjid Terapung Pulau Pangkor.
Masjid ini juga dinamakan sebagai Masjid Al-Badr 1000.
Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid.
Kawasan yang sangat lapang dan selesa untuk mereka yang bawa keluarga especially anak-anak kecil.
Teksi Pink depan Masjid Terapung. Unik betul teksi ni. Cute sangat!!!!
Ok, kami sambung perjalanan melawat Kota Belanda (Dutch Fort).
Kota Belanda ini dibina oleh orang Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk simpan bijih timah yang diperolehi daripada Negeri Perak.
Nak tahu lebih lanjut sejarahnya boleh ke website Arkib Negara Malaysia atau click link di bawah ini.
Cantikkan ukiran atas tanah tu. Tak pasti apa motifnya. Hihi...
Ok...lepas tu kita terus ke Batu Bersurat Belanda. Bukan Batu Bersurat kat Kuala Terengganu tu tau.
Just jalan kaki je dari Kota Belanda. Dekat sangat dah tu...lebih kurang 100 meter dari Kota Belanda.
Di batu itu ada lukisan sebagai memperingati anak seorang pembesar Belanda mati dimakan binatang buas (dipercayai harimau). Nak tahu lebih lanjut sejarahnya boleh ke website Arkib Negara Malaysia atau click link di bawah ini.
Asalnya banyak lagi kami nak pergi meronda keliling pulau tapi abah kami dah ajak balik. Huwaaaa.... dah la kami sewa kereta RM80 nak guna sepuas-puasnya. Dapat guna dalam 4 jam je. Huk...Huk...
Bawa baju spare ingat nak mandi pantai. Sekali abah dah ajak balik. Huwaaaa....sedih.
Abah dah ajak balik. Babai Pulau Pangkor. Ada rezeki kita jumpa lagi.
Lepas kami pulang semula ke Lumut, kami singgah berhenti makan. Lepas tu, singgah ke pasar malam area berdekatan situ. Lepas tu terus balik ke apartment kami.
Mee Udang tapi masinnya....Grrrr....
10.00 am : Kami check out daripada Swiss Garden Apartment Lumut, Perak. Tapi, kami singgah sekejap di Teluk Intan semata-mata nak bergambar kat Menara Condong. Hahaha...
Menara dibina oleh arkitek cina oleh En. Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air dan juga berfungsi sebagai jam. Tangki air ini untuk tujuan jika berlaku kebakaran atau musim kemarau.
Kenapa menara ni condong?? Sebab....ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut dan bebanan tangki air menyebabkan ianya condong sedikit. Nak tahu sejarah lanjut boleh click link ini...
Design bangunan ini seperti "Pagoda". Nampak daripada luar seperti ada 8 tingkat tapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Kami dah naik bangunan ni...takde apa2 pun kat dalam tu. Saje nak naik. Hihi...free kan. Naik je lah.
Ok lah....setakat ini sahaja cerita kami. Macam biasalah...fridge magnet wajib beli sebagai kenangan dan juga sebagai ilmu keunikan pada sesuatu tempat yang dilawati.
Jika ada umur yang panjang, kami datang lagi ke sini. Insya Allah.
Terima kasih kepada yang sudi baca blog kami ini. Mmmmuaaahhh ciked!!!!!
Ok lah....setakat ini sahaja cerita kami. Macam biasalah...fridge magnet wajib beli sebagai kenangan dan juga sebagai ilmu keunikan pada sesuatu tempat yang dilawati.
Jika ada umur yang panjang, kami datang lagi ke sini. Insya Allah.
Terima kasih kepada yang sudi baca blog kami ini. Mmmmuaaahhh ciked!!!!!
No comments:
Post a Comment