curser

Friday, April 12, 2019

BERASTAGI - BERCUTI DI MEDAN INDONESIA (MAC 2018)

BERASTAGI - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Hai...berjumpa lagi. Kali ni nak kongsi pengalaman ke Berastagi. Kat sini kami tak berjalan ke mana-mana pun. Kami cuma shopping sakan je. Shopping time!!!!!! Muahahahahahaha!!!!!!

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

Day 3 : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Kalau kat Malaysia macam kat Cameron Highland. Sejukkkkk bangat. 
Tebalnya kabus. Nak ke sini bawa sweater ya.
Jalan nak ke sini sempit dan bengkang-bengkok. Tapi supir kat sini memang cekap la. Kami je yang seram. Dah macam nak berlanggar. Hihi...
Yea...udah sampai ke Berastagi. SHOPPING TIME!!!!!
Kat sini tak nak banyak cerita. Sebab kat sini banyak keluar uuuuaaaang shopping sakan. Huhu...
 Mak dengan Kak Desy dah rambang mata. Hohoho....
My husband sibuk nak test topi. Belinya idok pun...
 Hai...nama saya Jihan. Jihan pun nak cuba topi ni. Alahai....comelnya kamu Jihan.
Aishah pun nak juga pakai topi ni.
 Eh, Anjang pun nak jugak.
Kat sini ada banyak jual bunga. Cantik sangat. Kalaulah bunga-bunga ni tahan lama...dah borong bawa balik Malaysia
Ada la terbeli jugak sebab tuan kedai ni cakap boleh tahan bawa balik Malaysia. Sampai je Malaysia terus tanam. Tapi tak sempat nak membesar dah mati. Huwaaa....
Bunga ni sorang dah kawen. Sorang lagi masih single. Hihi...
 
Siapa kurus silalah naik kuda ni. Sis tak sanggup nak membebankan kuda ni dengan berat Sis yang overweight ni. Hihi....
Nak rasa buah strawberry pun ada dijual kat sini
 Tanam kat rumah je. Jimat kos betul.
Nak tanam kat laman rumah sendiri jugaklah. Keh..keh...keh...
 Kedai makan pun ada banyak

Jangan risau...ada kedai Muslim
 Wajib cuba air kopi O...sedap giler tapi serbuk kopi tak buang. Susah pulak nak minum. Hahaha...tapi memang sedap bangat. Terbaik
Nampak tak....berasap-asap kopi O tu. Sedap!!!!
 Pekena pulak dengan jagung bakar yang manis ni. Terbaiklah.
Berdekatan sini ada Masjid Agung Kaban Jahe. Jangan lupa jalankan tanggungjawab kepada Allah.
Masa ni ramai sangat orang sebab masa ni hari Merdeka Indonesia. 
 Suasana sepanjang perjalanan
 Suasana sepanjang perjalanan
Alahai....seronoknya kalau duduk atas angkut tu kan. Kalaulah kat Malaysia boleh buat camtu....heaven. Hihi...

Ok lah ya. Dah banyak gambar saya share. Gambar semasa tahun 2014 & 2018. Ok...see you next episode.