curser

Saturday 13 April 2019

AIR PANAS SI DEBUK-DEBUK - BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

AIR PANAS SI DEBUK-DEBUK - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Assalamualaikum & Kabare!!!!!!! Sekarang masa untuk menikmati mandi air panas semula jadi daripada gunung berapi yang masik aktif. Masih aktif tau.... nama tempat ni AIR PANAS DEBUK-DEBUK.

p/s : untuk cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
Day 3 : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Yea...udah sampai di air panas Debuk-debuk. Mandi time!!!!! Lokasi air panas debuk-debuk ni menghala ke Berastagi. Tapi kami ke sini selepas penat shopping di Berastagi. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah mandi air panas dulu. 
Air panas daripada gunung berapi yang masih aktif. Allahu Akbar...besarnya ciptaan-Mu Ya Allah. Masa fisrt time tengok memang teruja sangat. Jakun pun ada sebab kat Malaysia mana ada gunung berapi. 
Pertama kali tengok gunung berapi depan mata tu. Siap nak mandi kat situ. Tetiba terasa takut pulak dibuatnya gunung berapi tu betul-betul meletup. Huhu....masuk news rakyat Malaysia dijumpai terkorban nahas gunung berapi. Ish3...sorry lah ye...Sis ni suka overthinking. Hihi....
 Tak sabazzzzz nak mandi air panas semula jadi dari gunung berapi yang masih aktif
Tak mahal....murah je.
Tak pasti itu hotel ke apa sebab nampak macam tak guna je. Macam seram je. Hih...Hih...Hih... Nak tenung lama2 dalam bangunan tu pun seram. 
Kita makan dulu sebelum mandi manda
I LOVE RUNNING MAN!!!!
Kat sini tak leh mandi sebab situ sumbar mata air. Panas tu....air dalam kolam tu bergelegak dan keluar wap banyak kat situ.

Aishah dan Jihan (anak Kak Fitri)
Ada kenangan yang tak akan dilupakan kat sini. Tetiba perut adik meragam nak yuyuk. Tandas nampak bersih dan baru. Tapi tak boleh nak flush. Hahaha...adoyai!!! Dah siram dengan air yang banyak pun still tak hilang. Masih timbul. Ish3....sian3.

Kebetulan masa tu tetiba ramai pulak pelajar sekolah datang nak masuk tandas. So, kami suruh adik keluar cepat2 dan letak tong sampah depan pintu. Konon2 tandas tu rosak la. Membantu jugak la tong sampah tu sebab semua orang tak masuk tandas tu. Hahahaha...time nak bersuka ria boleh plak memerut ya. Kikikiki.....
Bau belerang kuat sangat. Habis melekat baunya kat baju. Dah basuh baju banyak kali dan letak pewangi pun masih susah nak hilang bau belerang. 

Ok dah lah ye. Uollss wajib singgah ke sini tau merasai air panas original daripada gunung berapi yang masih aktif. Ok see you next episode. Tata!!!!

BERASTAGI - BERCUTI DI MEDAN INDONESIA (MAC 2018)

BERASTAGI - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Hai...berjumpa lagi. Kali ni nak kongsi pengalaman ke Berastagi. Kat sini kami tak berjalan ke mana-mana pun. Kami cuma shopping sakan je. Shopping time!!!!!! Muahahahahahaha!!!!!!

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

Day 3 : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Kalau kat Malaysia macam kat Cameron Highland. Sejukkkkk bangat. 
Tebalnya kabus. Nak ke sini bawa sweater ya.
Jalan nak ke sini sempit dan bengkang-bengkok. Tapi supir kat sini memang cekap la. Kami je yang seram. Dah macam nak berlanggar. Hihi...
Yea...udah sampai ke Berastagi. SHOPPING TIME!!!!!
Kat sini tak nak banyak cerita. Sebab kat sini banyak keluar uuuuaaaang shopping sakan. Huhu...
 Mak dengan Kak Desy dah rambang mata. Hohoho....
My husband sibuk nak test topi. Belinya idok pun...
 Hai...nama saya Jihan. Jihan pun nak cuba topi ni. Alahai....comelnya kamu Jihan.
Aishah pun nak juga pakai topi ni.
 Eh, Anjang pun nak jugak.
Kat sini ada banyak jual bunga. Cantik sangat. Kalaulah bunga-bunga ni tahan lama...dah borong bawa balik Malaysia
Ada la terbeli jugak sebab tuan kedai ni cakap boleh tahan bawa balik Malaysia. Sampai je Malaysia terus tanam. Tapi tak sempat nak membesar dah mati. Huwaaa....
Bunga ni sorang dah kawen. Sorang lagi masih single. Hihi...
 
Siapa kurus silalah naik kuda ni. Sis tak sanggup nak membebankan kuda ni dengan berat Sis yang overweight ni. Hihi....
Nak rasa buah strawberry pun ada dijual kat sini
 Tanam kat rumah je. Jimat kos betul.
Nak tanam kat laman rumah sendiri jugaklah. Keh..keh...keh...
 Kedai makan pun ada banyak

Jangan risau...ada kedai Muslim
 Wajib cuba air kopi O...sedap giler tapi serbuk kopi tak buang. Susah pulak nak minum. Hahaha...tapi memang sedap bangat. Terbaik
Nampak tak....berasap-asap kopi O tu. Sedap!!!!
 Pekena pulak dengan jagung bakar yang manis ni. Terbaiklah.
Berdekatan sini ada Masjid Agung Kaban Jahe. Jangan lupa jalankan tanggungjawab kepada Allah.
Masa ni ramai sangat orang sebab masa ni hari Merdeka Indonesia. 
 Suasana sepanjang perjalanan
 Suasana sepanjang perjalanan
Alahai....seronoknya kalau duduk atas angkut tu kan. Kalaulah kat Malaysia boleh buat camtu....heaven. Hihi...

Ok lah ya. Dah banyak gambar saya share. Gambar semasa tahun 2014 & 2018. Ok...see you next episode.