curser

Tuesday 12 May 2020

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG - PART IV

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG 
PART IV (Nov 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca blog kami. Kali ni kita sambung episod terakhir percutian di Pulau Tioman.

Untuk episod lain boleh click kat kotak belah kanan tajuk Pulau Tioman. 


Day 3 : 16 Nov 2019 (Sabtu)
Yea.... dengan ini dimaklumkan aktiviti hari ketiga tak sempat buat apa-apa aktiviti. Huwaaaaa!!!!! Sebabnya feri kami pukul 9.00am. Itu je waktu feri yang ada. Kang kalau balik lagi lambat risau nanti keluarga mertua nak balik ke Segamat makin lambat. Sebabnya  keesokan hari kat Segamat...hari Ahad adalah hari sekolah bukan hari cuti. Huhu....
Nak bawa budak-budak mandi kolam kat hotel pun tak sempat sebelum check out. Sebabnya kami kena check out pukul 7 pagi dan nak sarapan kat luar.
Mak dan Kak Desy dah bersiap-siap nak balik. Dah tak sabar nak balik. Huhu....
Ok...bergambar kenangan dengan semua ahli keluarga sebelum gerak balik. Dapat juga ambil gambar dengan semua ahli keluarga. Lengkap sudah keluarga kami. Alhamdulillah..

Kami sarapan dulu kat sini sebab sini paling dekat dengan jeti. Kami sarapan roti canai. Hmmm...sedap.
Bergambar di sekitar terminal Jeti Tekek sebelum naik feri. Huwaaa....sedihnya. Tak puas bercuti.
Just nak share pengalaman ngeri. Sebelum check out saya dah memerut. Tapi elok je sampai kat jeti Kampung Tekek, nak memerut lagi. Terus la ajak mak mertua teman pergi toilet sekali takde air dan takde elektrik. Pastu saya paksa pulak husband teman gi toilet. Terpaksa guna air mineral je woiiii. Itu pun nasib baik mak mertua ada isi air masak masa kat apartment sebelum check out. Hahaha... Elok je siap memerut tetiba ada orang bagitahu ada toilet satu lagi yang ada air dan elektrik. Ceh....sakit jiwa betul.

Selamat tinggal Kampung Tekek. Tak habis lagi menjelajah dah kena balik. Huhu....

Moh le balik....huhu
Amboi Uswa sukanya dia duduk dalam feri ni ya. Happy face!!!
Abah bawa budak-budak naik atas feri tengok laut.
Saya tak tahu kenapa naik feri Pulau Tioman buatkan saya mabuk laut kuat sangat. Buah limau ni memang dah standby siap2 kalau travel sebab kulit limau tu boleh kurangkan rasa mual. Lepas tu mujur ada cafe dalam feri. Belilah mee segera nak hilangkan rasa mual lagi. Kalau nak muntah sangat kat belakang seat feri dah disediakan plastik hitam. Muntah lah dalam tu ya. Hihi...
Alhamdulillah dah selamat menempuh laut cina selatan. Sampai je di Jeti Mersing, kami terus gerak balik. Tapi, on the way balik tu kami singgah makan tengah hari di Pantai Air Papan, Mersing Johor.
 Rambang mata untuk budak-budak. Bahaya ni. Hoho...
 Kawasan rehat tepi Pantai Air Papan.

Kami pilih tempat terbuka ini untuk lunch tepi pantai. Serious laaaaa....best giler!!!

Ramai orang makan tengah hari kat tepi pantai. 
Sambil makan sambil tengok ombak. Perghhhhh...terbaik!!!
Lepas lunch teman budak-budak main buaian pulak.
Kalau dah travel....wajib beli fridge magnet yang berkaitan dengan tempat kita bercuti untuk sejarah dan kenangan.
Husband hadiahkan gelang kerang. Walaupun bukan gelang emas, yang penting ikhlas dan soooooo sweet. Hihi.... Mmmuuuuaaahhh cikeeed...
Alhamdulillah...akhirnya impian nak bercuti di Pulau Tioman menjadi kenyataan. Dan yang paling best sebab semua ahli keluarga Segamat dapat join cuti ni bersama-sama. Bukan senang ooooii nak dapat berkumpul semua orang. Terima kasih Ya Allah.

Tamat sudah kisah percutian kami di Pulau Tioman. Terima kasih kepada yang sudi baca. Semoga bermanfaat kepada anda semua. Babaiiiiiii....























No comments:

Post a Comment