curser

Monday 4 January 2016

PAYUNG BESAR & PAMERAN NAMA-NAMA ALLAH DI MASJID NABAWI - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA 

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang

PAYUNG BESAR & PAMERAN 
NAMA-NAMA ALLAH DI MASJID NABAWI

Salah satu keunikan dan daya tarikan di Masjid Nabawi adalah payung besar atau payung gergasi. Dah datang sini kalau tak tengok secara live payung dibuka atau ditutup memang rugi sangat.

p/s : cerita sebelum dan selepas boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah & ziarah


Payung ini akan dibuka pada siang hari bagi mengelakkan jemaah yang berada di dataran terkena panas terik atau hujan. Lagipun kalau jemaah lambat ke masjid, masjid akan penuh dan terpaksa solat di dataran di bawah payung gergasi. Payung ini akan ditutup sebelum waktu Maghrib. 


Kami ingatkan payung ini akan dibuka dalam pukul 7.00 pagi iaitu kira-kira selepas matahari sudah terbit. Tapi sangkaan kami tidak tepat langsung. Sebabnya selepas kami siap solat Subuh di Masjid Nabawi, bila kami keluar daripada masjid tengok-tengok payung tu dah terbuka. Maksudnya payung ini dibuka sebelum subuh lagi lah. 


Saya dan adik dah nekad nak solat Subuh di dataran...tak nak solat dalam Masjid semata-mata nak lihat payung gergasi ini buka secara live. 
Tapi ibu kami cakap kalau solat diluar Masjid pahala kurang, kalau solat dalam Masjid dapat pahala banyak. Hihi....Tapi kami teringin juga nak merasa suasana dan melihat ragam manusia pelbagai pelosok negara solat di dataran kerana suasananya yang lebih santai dan berangin sejuk.


 Kami pilih nak lihat payung dibuka pada solat Subuh kerana solatnya sekali sahaja diluar dataran. Kalau kami pilih untuk lihat payung tutup pada waktu petang, alamatnya kami dapat pahala solat kurang kerana kami kena solat Maghrib dan Isyak diluar Masjid. Hihi...nak masuk Masjid dah tak boleh dah sebab Masjid dah penuhkan.



Sementara nak tunggu payung gergasi dibuka, kami buat solat sunat taubat, solat hajat, mengaji dan berzikir. Ini mak dan makcik Ina tengah mengaji sementara tunggu azan Subuh.


Alhamdulillah rezeki kami dapat melihat dan merakam video payung ini dibuka secara live. Payung ini dibuka sebelum azan Subuh. Masa ini adik kita tengah sujud solat sunat hajat. Saya pergi panggil dia sebab excited kan...heh...heh...heh...terganggu solat dia. Sorry Meera :)


Yang kelakarnya....payung ni dibuka terus pada hari ke-3 kami di Madinah dan tak tutup-tutup pada belah petangnya sehinggalah pada hari kami nak berangkat ke Mekah iaitu pada hari ke-4 sebabnya mereka tengah buat service mencuci payung. Hahaha....sabar je lah. Nasib baik sempat rakam video. Keh3..


Nampak tak bayang2 orang kat payung tu? Orang tu tengah buat kerja service & maintenance. Terima Kasih Ya Allah kerana Kau perkenankan permintaan kami untuk lihat payung ini dibuka secara live.


 Nak kongsi cerita semasa di Masjid tu ada satu ekor belalang yang sangat besar hinggap di beg tangan kite. Pastu kite ketuk-ketuk beg tu supaya belalang itu pergi jauh sebab nak halau guna tangan kite takut dan geli. 

Tapi kite takde pun niat nak bunuh belalang tu sebab berdosa bunuh binatang di tanah suci. Pastu tak pasal-pasal kite kena marah dengan makcik arab yang tengah solat kat sebelah sebab dia ingatkan kite bunuh belalang tu. Huhu....sabar je lah.
Ok, cerita berkenaan payung gergasi sudah selesai. Semasa kami berada di Madinah, ada satu pameran di sebelah Masjid iaitu pameran "The Beautiful Names of Allah Exhibition". Masuk adalah percuma tapi ada waktu2 tertentu sahaja.


Dalam pameran ini menceritakan kelebihan nama-nama Allah, sejarah Mekah dan Madinah dan banyak lagi sejarah Islam pada zaman dulu-dulu. Nampak tak peta Malaysia kat situ? heh...heh...heh...


Berbezakan pembangunan Mekah dulu dan sekarang....


Semasa nak tunggu solat Asar, kite baca Al-Quran Surah Yusoff agar dikurniakan zuriat yang tampan. Selepas itu, saya berdoa agar Allah kurniakan zuriat kepadaku. 

Tetiba datang seorang wanita dengan baby boy yang teramat comel yang berumur 7 bulan. Baby tu baik sangat tak kacau pun mama dia tengah solat. 

Dan saya belajar sesuatu pengalaman baru bagaimana seorang ibu menunaikan solat sambil mendukung baby. Ibu ni dukung baby nya ketika solat berdiri dan rukuk. Kemudian, dia letakkan baby nya ketika sujud. Sebelum berdiri semula, ibu ini akan dukung semula baby nya.

Sebelum beredar keluar Masjid, saya sedekah sedikit duit kepada baby ini. Ya Allah, Kau kurniakan aku dan suamiku zuriat yang soleh dan solehah, comel dan sempurna sifatnya dalam masa terdekat ini. Amin Ya Rabbal Alamin.


tips membeli-belah :

  • perempuan kena pergi bersama lelaki (suami/ayah) supaya tidak diganggu.
  • kena pandai kira supaya tidak ditipu.
  • peniaga suka mendesak suruh beli. Kalau dah pegang barang, kalau tak beli nanti dia akan marah-marah. Pastikan pegang barang jika betul2 nak beli tau.
  • pastikan bawa duit kecil dan cukup-cukup. Kalau bagi duit besar, nanti mereka tak nak pulangkan duit kecil dan mereka akan bagi alasan duit kecil takde la...sibuk melayan customer la. Jika anda takde duit kecil dan terpaksa bagi duit besar lepas tu dia degil nak pulangkan duit baki, korang cakap kat dia HARAM! HARAM! confirm lepas tu mereka akan pulangkan duit baki tu. heh...heh...heh...
Kite pernah kena tegur oleh seorang mak arab sebab lengan baju terselak dan nampak la tangan. Tapi, terselak sikit jer...terus dia tuju ke kite dan tegur suruh betulkan lengan baju. Dia cakap AURAT! AURAT! huhu...padahal masa tu kat area wanita. Mana ada orang lelaki. Huhu...


Ini dalam hotel kami...HOTEL JAWHARAT AL-ASIMAH.

Nak kongsi cerita...semasa di Masjid Nabawi nak tunggu antara waktu Isyak, tetiba ada seorang wanita Arab yang agak berumur meracau-racau seperti dirasuk. Dah la dia selang 2-3 orang daripada kite. Seram tu...Nasib baik ada orang kat situ yang pandai berubat. Orang kat sebelah cakap...makcik tu kena rasuk sebab terlalu khusyuk berzikir. Wallahualam.


Alhamdulillah, tamatlah cerita di Madinah. Selepas ini bermulalah cerita kami menunaikan umrah di tanah suci Makkah Al-Mukarramah.