curser

Thursday 20 August 2020

PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang

PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA

p/s : cerita sebelum atau sesudahnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk Umrah & Ziarah

Malam terakhir di bumi Mekah Al-Mukarramah. Bukan sahaja sedih sebab ini malam terakhir tetapi saya tidak boleh masuk ke dalam masjid sebab 'cuti'. Jadi, malam terakhir ini walaupun saya tidak dapat masuk ke dalam masjid tapi saya luangkan membaca terjemahan Al-Quran di dataran masjid.
Makan aiskrim buat kali terkahir,,,,lepas ni entah bila dapat merasa aiskrim yang sedap sangat ni. Kat Malaysia tak ada...kat Mekah sahaja. Serious.....sedap sangat.
Bangun pagi jam 4am. Ikut keluarga pergi ke masjid buat kali terkahir. Mereka beruntung sangat dapat solat sunat, solat Subuh dan buat tawaf wada iaitu tawaf selamat tinggal Baitullah. Saya kan 'cuti'...jadi saya duduk diperkarangan dataran masjid sambil berdoa dan berzikir kerana doa yang mustajab adalah ditanah Haram.

Lepas semua orang dah keluar daripada masjid dan agak2 kat depan pintu masjid dah redha dan kurang orang....saya terus pergi depan pintu masjid dan berdoa tawaf wida beserta doa-doaku yang terakhir seolah-olah inilah doaku yang terakhir di bumi Mekah. 

Polis yang tengah jaga pintu masjid tu takde pula halau saya berdoa di depan pintu masjid tu. Tapi ada seorang perempuan arab berjubah hitam bawa baby nya dengan stroller. Kat situ tempat saya berdoa kat situ jugaklah dia nak lalu dengan stroller tu padahal kat belakang saya punyalah luas laluan untuk dia. Dia paksa saya yang bagi laluan kat dia plak. Doaku terganggu dan jadi tidak khusyuk. Ya Allah...aku mohon yang baik2 dari-Mu dan Kau makbulkanlah doaku ketika itu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Akan merindui hotel ini... Knooz Ajyad Hotel, Mekah.
Kami pun berangkat pulang ke Jeddah. Ikut plan asal, kami akan berhenti rehat makan tengahari di Masjid Terapung, Laut Merah. Tapi.....kami semua tertidur termasuklah mutawwif kami dan driver bus pulak tak berhenti.

Sedar2 je dah sampai airport Jeddah. So, kami lunch kat aiprot Jeddah jer. Huwaaaa....sedihnya. Takpe...pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah akan menjemput kami sekali lagi untuk ke sana di masa akan datang. Amin.... So, gambar kat atas tu amik kat google jer. Huk3...
Perjalanan daripada Mekah ke Jeddah dalam 2 1/2 jam. Kami rehat dan solat jamak zohor dan asar. Lepas tu berjalan2 cuci mata dalam airport jer.
Bergambar bersama keluarga di bumi Jeddah.
Bergambar bersama suami tercinta dunia akhirat. Semoga hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kami transit kat airport Abu Dhabi. Semua keletihan... Pastu airport kat sini sejuknyaaaaaaaaaa.... berapa kali gi toilet. Sejuk oiii... Tengoklah abah tu berselubung dengan kain ihram. Terima kasih Mutawwif Us. Safri ambilkan gambar ni. Comel betul abah kami. Hihi.....
Antara kenangan yang tak akan dilupakan. Sambil menunggu transit kat airport Abu Dhabi...saya, suami & adik teringin sangat nak beli air kopi tapi tak pandai nak pilih jenis kopi. Kami order kopi Espresso 2 cups. Pastu minta double coffee. Sekali bila dapat cup tu kecik sangat. Beria-ia kami nak ambil kopi tu guna tray. Hahaha.... Sekali bila minum....Perghhhhh...kopi pahit giler. Pastu teringat ada ambil sugar & creamer masa kat hotel dan dalam kapal terbang. Terus kami alter air kopi tu tapi tetap pahit. Hahahaha.... sedih2. 
Pastu kami bagi jer air kopi tu kat Ma...Ma boleh minum relex jer. Terus Ma rasa segar bugar. Hahaha
Kami nak gerak balik ke Malaysia. Akan merindui bumi Mekah & Madinah. 
Alhamdulillah...dah selamat sampai KLIA.
Tengah tunggu bas untuk pulang ke Muadzam Shah, Pahang.
Abah nak bergambar dengan KLIA Express Train sambil tunggu bas nak pulang ke Muadzam Shah.
Hahahaha.... dah macam apa dah Abah kami. Saaaayaaaang Abah dunia akhirat.
Berakhirlah episod umrah & ziarah kami bersama Juara Travel. Terima kasih kerana sudi baca kisah kami. Semoga sedikit ilmu dan pengalaman ini dapat dikongsikan dengan anda semua. 
Semoga ada rezeki kami ke sini lagi. Begitu juga buat pembaca blog ini. Aamiin.

Terima kasih semua. Assalamualaikum :)