curser

Monday 8 April 2019

ISTANA MAIMUN - BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

ISTANA MAIMUN - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)  


Bismillahirrahmanirrahim..... Assasalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca blog AYUMI. Cerita kali ini nak kongsi pengalaman ke Istana Maimun. Wajib pergi tau untuk tambah ilmu sejarah di tempat orang. 

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click di sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
Day 2 : 15 Mac 2018 (Khamis)
Tips untuk ke sini, pertamanya kena singgah beli jambu batu ijoooo ni sebelum masuk ke Istana Maimun. Sedap bak hang!!! Sambil makan sambil belajar sejarah.

Keduanya, mesti pergi bahagian rumah kecil untuk tahu sejarah Legenda Meriam Buntung yang terletak di belah tepi dan belakang Istana Maimun. Nah baca....jangan malas.
 
Ok, ketiganya barulah masuk ke dalam Istana Maimun. Kena bayar tiket. Murah je. Kat dalam ni ada banyak kedai jual souvenirs dan juga boleh sewa pakaian. Harga sewa tu bergantung kepada aksesori yang kita nak pakai. Lagi banyak aksesori lagi mahal.
Contoh pakaian untuk disewa dengan aksesori. Dalam kedai tu juga ada jual souvenirs. Dalam muzium ini ada satu kedai original daripada susur galur Maimun dan yang lain itu bukan original. Nak kenal kedainya senang je. Kedai dia dibahagian belakang dan yang paling simple dan murah.
Inilah ibu bapa mertua saya. 
Mak Abah Mertua...Kak Desy...Anjang...Aishah...Alia
Anak2 Mak semua lelaki. Dalam gambar ni Along je dah kawen (suami kite)....yang lain masih bujang.
 Masa nilah nak berangan jadi Sultan & Pemaisuri Keturunan Melayu Deli. 
 Dah ada puteri-puteri express lol. Hahahaha....putera je belum ada lagi.
Kesian....belum ketemu pacarnya. Jodohnya tertinggal di Airport Kualanamu. Kikiki....
Istana Maimun ini adalah kebesaran Kesultanan Deli. Jejaka tampan yang kami jumpa di airport Kualanamu yang konon-konon nak kenenkan dengan adik tu adalah keturunan Melayu Deli. Keturunan sultan tuuuu....Tapi apakan daya bukan jodoh untuk adik Mira. Huhuhu....
Katanya ini adalah cucu cicit keturunan Istana Maimun. Wajahnya sama sangat dengan gambar moyangnya yang ada digantung dalam Istana tu. Saya rasa saya ada ambil gambar moyangnya tapi bila check semula dalam folder gambar...takde lah pulak. Terpadam ke??? Hmmmm....macam pelik la pulak. Kalau tak, boleh saya share dan bandingkan wajah mereka. Sama sangat...macam copy & paste je. Bila tengok dekat2, wajahnya cantik sangat. Kulit wajahnya bersih dan mulus. Baik dan lemah lembut pula tu.

Step keempat pula, lepas keluar dari Istana Maimun, wajiblah bergambar depan Istana ini.                    Tadaaa!!!!! Inilah Istana Maimun. Besarkan.... Tapi muzium hanya di bahagian tengah sahaja kerana ada ruang di dalam istana ini masih digunakan oleh kaum kerabatnya.
Dalam gambar ni Maklang dan Marsha takde. Abah pun takde...abah gi mengeteh kat kedai makan.
Haaa....ni Maklang teman Marsha pergi beli sampin songket tuk ayahnya.


Kebetulan di dataran Istana Maimun ada orang tengah buat latihan tarian kebudayaan. So, kami dapatlah tengok free show. Hihi....

Ok, step terakhir adalah shopping souvenirs. Tak payah fikir2 nak beli ke tidak. Beli je...Nanti mula la menyesal tak gi beli. Huhu....

Habis daaaa cerita di Istana Maimun. Gambar campur2 masa bercuti pada tahun 2014, Ok lah, kita jumpa di next episode. Ok bai!!!!!