curser

Tuesday 9 April 2019

PAJAK / PASAR IKAN & MASJID RAYA AL-MASHUN - BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

PAJAK / PASAR IKAN & MASJID RAYA AL MASHUN -BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018) 


Assalamualaikum & good day everybody!!!! Kali ni sambung cerita ke Pajak Ikan. Tapi tempat ini juga dipanggil Pasar Ikan. Bukan jual ikan laaa....tapi tempat jual kain batik, kain pelikat, telekung, kain pasang, tudung, handbag dan macam-macam lagilah. Memang wajib singgah sebab kat sini la masa untuk shopping sakan.

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

Day 2 : 15 Mac 2019 (Khamis)
Selepas ke Istana Maimun, kami ke Pajak / Pasar Ikan sebab tempatnya dah tak jauh...dekat sangat. 
Kat sini macet...sesak...susah nak cari parking. 
Kedai pula betul-betul tepi jalan. So, kena sentiasa berhati-hati semasa berjalan. Pastikan sentiasa jaga handbag / dompet. Kat sini juga ada peminta sedekah. Sekali dah bagi nanti makin ramai kawan-kawan dia kejar nak minta sedekah. Jadi, tetap kena berhati-hati ya.
Kat sini juga kena sentiasa berhati-hati sebab mesti ada orang yang akan ikut kita sampai ke mana-mana sahaja. Kalau kita masuk kedai, dia akan tunggu depan kedai. Lepas kita keluar kedai, dia sambung ikut balik sampai ke kenderaan kita. Dia akan pujuk dan terus pujuk...pujuk lagi sampai kita beli barang mereka. Macam contoh gambar kat atas ni tengah sesi pujuk beli barang dia. Sekali kita dah beli barang dengan dia, nanti makin ramai pulak kawan-kawan dia pujuk membeli juga. Huhu....
 Kedai pakaian kanak-kanak
 Borong kain batik & pelikat nak bagi kat family dan kawan-kawan sebagai souvenir
 Kedai baju batik
Kedai handbag
Kedai telekung
Anak tauke kedai...Aishah. Hihihi....
 Nampak pula ada orang jual roti tepi jalan. Memang kena beli....murah dan sedap bangat!!!

Ok, lepas shopping jangan lupa singgah solat di Masjid terkenal di bandar Medan iaitu Masjid Raya Al-Mashun.
Kali pertama pergi pada tahun 2014, kami tak singgah pun. Kali kedua pergi tahun 2018 pun kami masih tak pergi. Saya teringin sangat nak solat kat sini. Tapi...tu lah takde rezeki nak berhenti solat ke sini. Hmmm...sedih. So, gambar di atas ni gambar saya ambil dari Google je. Huhu....
Aternyeeeeee.... ambil gambar dari dalam kenderaan je lah ye sebab kami tak berhenti pun kat sini. Huwaaaa....sedih kot. Huhu....

Kat Medan ni saya perasan hampir kesemua kubah masjid berwarna hitam. Kalau kat Malaysia jarang sangat nampak warna hitam. Biasa kubah masjid warna hijau.
 So, akhirnya kami berhenti solat di Masjid Tarbiyah. 

Ok lah ya...stop di sini dulu. Jumpa next episode. Tata...titi...tutu...babai uolls.