PERJALANAN KLIA KE AIRPORT KUALANAMU -
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018) :
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018) :
Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum & Salam
Sejahtera!!!!! Alhamdulillah, ini adalah kali kedua saya dan suami dapat
bercuti di Medan iaitu kampung Kak Desy.
p/s : cerita sebelum atau selepasnya bolih click tajuk lain pada sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
p/s : cerita sebelum atau selepasnya bolih click tajuk lain pada sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
1st time pergi pada 13 Ogos 2014 – 19 Ogos 2014
(7 Hari 6 Malam). Masa tu mak ayah mertua ajak. Takkan nak tolakkan. Rugilah
kalau tolak. Yang pergi masa tu 8 orang iaitu mak ayah mertua, Kak
Desy, Aisyah, Alia, Anjang, saya & suami.
2nd time pergi Medan pada 14 Mac 2018 – 22 Mac
2018 (9 Hari 8 Malam). Masa tu tetiba mak ayah mertua ajak. Takkan nak
tolakkan. Unexpected sebenarnya sebab saya, suami & mak ayah mertua baru je
pergi Umrah pada Dis 2017. Tup-tup nak bercuti ke Medan pada Mac 2018.
Dan yang paling seronok kali ni pergi ramai sangat iaitu 13
orang….saya, suami, mak ayah mertua, Kak
Desy, Aisyah, Alia, Anjang, Uda, Andak. Lepas tu tetiba Kak Desy ajak Mak
Alang, Marsha (anak Mak Alang) dan Mira (adik kita). Hahahaha…rasanya adik kita
yang terlebih excited. Maklumlah, takde pasangan nak bercuti. So, terpaksa la
menyelit dalam family abg ipar dia. Kikiki…. Tapi sedih juga sebab Angah
sekeluarga tak dapat join sama.
Day 1 : 14 Mac 2018 (Rabu)
7.30 am : Saya, suami & adik Mira
bertolak dari Muadzam Shah, Pahang ke rumah mertua di Segamat, Johor.
9.30 am : Gerak dari Segamat, Johor ke
KLIA. Bawa 3 kenderaan. Kereta saya, kereta Andak & Pajero Abah. Berhenti makan
tengahari di gerai makan Kak Wok Pedas Linggi, Negeri Sembilan. Sedapnya
masakan orang nogori….masak lomak cili api. Pelbagai lauk kampong. Terbaik!!!!
1.00 pm : Solat di Masjid KLIA, Masjid
Sultan Abdul Samad. Eh, tersama plak nama masjid ni dengan nama ayah mertua.
Bangga oooo.... Kami solat jamak Zohor & Asar di sini.
Lepas solat, kami dihantar ke KLIA. Lepas tu, suami, ayah
mertua dan Andak tumpang parking kereta kat apartment Mak Alang di Sri
Kembangan. Jimat duit parking dan In Syaa Allah selamat parking sebab ada
security guard. Dulu masa tahun 2014, kami parking kereta kat KLIA.
Flight kami di KLIA jam 8.00 pm (waktu Malaysia) dan sampai di Airport Kualanamu 8.00 pm (waktu Indonesia). Macam tak bergerak je kan? macam sekelip mata je dah sampai sebab gerak pukul 8 malam dan sampai pun pukul 8 malam. Macam magic je. Kat Medan awal 1 jam. Kalau
waktu Malaysia jam 9.00 pm.
Semasa di airport KLIA nak masuk flight, saya & suami
ada perasan sorang mamat ni handsome, Nampak alim2 kucing. Rasa nak berkenalan konon-kononnya nak kenenkan dengan adik. Suami sempat la tegur. Dia orang Melayu Deli, Medan.
Tapi tak sempat nak tanya nama & ambil no. telefon. Sorry adik….melepas
daaaa :( Tapi......sempat la ambil video curi2 buat kenangan. hohoho....
Kami disambut oleh Abang Kak Desy a.k.a Pak Ngah. Naik
bas….ramai kan. Comel giler bas tu. Dah la warna pink.
Masa tahun 2014 naik motokar je tapi di sana panggil 'Angkot'. Dah la kena duduk depan sekali dengan suami. Supir (driver) bawa ok...berhemah tapi kenderaan lain bawak laju giler. Kat sana main hon-hon je.
Kemudian, kami singgah makan malam. Plan asal nak makan nasi
padang kat kedai yang paling sedap tapi kedai tu tutup kebetulan owner kedai tu
meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya di tempatkan dalam
golongan orang beriman. Amin…
Jadi, kami singgah kedai ayam penyet. Tapikan....kenapa nama kedai dia nasi Ayam Penyet Johor? Dah terasa macam kami ni kat Johor bukan kat Medan :) Ditambah plak pekerja situ siap pasang video music penyanyi Malaysia spt Wani Hasrita, Khai Bahar. Hahahaha…sabo je lah. Pasang je la lagu Indonesia…kami lagi terhibur kot. Kedai nampak wow tapi
makanannya... Hmmm….not bad la. Biasa2 je...Lepas tu portion sikit...tak cukup. Dah la tengah lapar. Huwaa.... :( Saya boleh bagi 3/5 bintang.
Ok, tamat dulu di sini untuk chapter 1. Nanti saya sambung cerita seterusnya pula. OK...babai.