curser

Thursday, 11 April 2019

PENATAPAN - MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

PENATAPAN - 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Assalamualaikum dan kabare!!!! Ok, sambung cerita ke Penatapan. Penatapan ni tempat yang tenang dan sejuk bangat di kawasan pergunungan. Kalau nak ke Berastagi atau Danau Toba, confirm akan lalu Penatapan dan wajib berhenti untuk hirup udara yang sangat mengamankan. Skemanya ayat. Why?? Why?? Hahahaha....

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.
Day 3 : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Hari ni kami nak shopping di Berastagi. Tapi....sebelum tu wajib singgah dulu di Penatapan. 

Uolls wajib singgah tau. Serious...tak tipu. Udara kat sini sangat sejuk dan fresh. Sebab Penatapan ni terletak di kawasan pergunungan. Kabus kat sini tebal...dah rasa macam dah pegang awan. Tenang sangat....Berehat sekejap sambil tengok pokok dan hirup udara segar. 
Kat sini ada banyak kedai makan sambil tengok panorama yang indah. Nama kedai semua nama pasukan bola sepak. Korang pilihlah mana yang berkenan ye. Haaa...tapi berhati-hati pastikan kedai yang jual makanan tu Halal.
Ada orang jual makanan cucuk lidi. Kalau kat Malaysia macam nugget / fishball cucuk lidi. Kami beli sate kerang. Hmmm...nom...nom...nom...
Dengan cuaca yang sejuk tu, memang sesuai sangat pekena jangung bakar atau jagung rebus. Nampak tak jagung tu masih berasap-asap tu. Wuuuuu....
Jagung ni manis....fresh. Memang sedap sangat. Terbaik!!!!!
Kenangan tak boleh dilupakan kat sini. Air Teh O manis giler. Tak boleh nak minum langsung. Selori kot bubuh gula. Huhu....
 Anak dara 2 orang ni suka betul dengan sate kerang.
Hati-hati kat sini....ada beruk/monyet suka ambil barang orang. Ni dia baru dapat cilok botol minuman orang. Tapi, sebelum tu dia dah kebas jajan orang. Hahahhaa...sabar jelah ya.

Ok, tadi tu gambar kenangan Penatapan pada tahun 2018. Kami on the way nak ke Berastagi pada waktu pagi. Di bawah ini pula adalah gambar kenangan kami di Penatapan pada tahun 2014. Kami on the way nak ke Danau Toba pada waktu malam.
Hai....ini Ririn. Kebetulan masa kami ke sini adalah malam Merdeka untuk negara Indonesia. So, suasana waktu malamnya sama sahaja dengan negara Malaysia. Ramai anak muda naik motor ramai-ramai keluar pada waktu malam.
Kami gerak tengah malam. Lagilah sejuk kot.....Dah pakai baju sejuk pun tapi masih tak tahan. Nasib ada kain batik/pelikat buat selubung badan. Orang debab yang penuh lemak macam saya ni pun tak tahan tau. Orang kurus lagi la tak tahan. 
 Baru teragak nak makan pecal...tapi dah habis. Huwaaa....
So, kami pekena air panas dengan makan Wajik je. Boleh la...frust sebab tak dapat makan pecal. Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
Kedai kat Penatapan ni biasanya mereka buat 2 tingkat. Kalau nak tengok pemandangan lagi cantik naiklah tingakt 2. Tapi dah malam....tak nampak apa-apa. Gelap gelita. Huhu....
Surau pun ada untuk berhenti tunaikan kewajiban kepada Allah. Saya perasan kat Indonesia ni mereka tak panggil surau tapi mereka panggil Musollah. Bagus...memartabatkan bahasa arab.

Ok lah ya. Dah mengantuk. Sambung next story wokeh. Ok bai!!!!





Wednesday, 10 April 2019

UCOK DURIAN & MEDAN PAR PAR OKI SETIANA DEWI - BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

UCOK DURIAN & MEDAN PAR PAR OKI SETIANA DEWI- 
BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

Assalamualaikum & kabare!!!! Sekarang adalah makan time!!!!! Masa untuk makan durian di Ucok Durain. Weehuuuu....nyum...nyummm...nyummm...

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

Day 2 : 15 Mac 2018 (Khamis)
Siangnya kami dah berjalan ke Istana Maimun dan Pajak/Pasar Ikan. So, ingat malam nak berehat je. Tapi tak sangka tiba-tiba abang Kak Desy ajak pergi makan durian di Ucok Durian. Rezeki jangan ditolak. 
On the way ke Ucok Durian, kita layan lagu yang sedap bangat ni daripada pengamen jalanan. Jangn lupa hulur wang untuk support job mereka. Niat bersedekah dan kongsi rezeki. Kami semua terhibur. Best!!!!
Tadaaaaa!!!!! Udah sampai ke Ucok Durian. Bau durian....pergh!!!! Siapa yang suka durian sahaja yang faham. Nah baca signboard yang besar tu....JANGAN BILANG PERNAH KE MEDAN KALAU BELUM MAMPIR KE UCOK DURIAN. Yea...kami dengan bangganya mengaku kami pernah ke Medan. 
Sampai je wajib bergambar kat sini dulu. Andak dengan bangganya selambe pegang durian yang penuh duri. Hihi....
Nak jugeeeekkkk bergambar dengan pacarnya. Siap berpeluk. Astaghfirullahalazim. Ish3...
Tengok broher ni rilex je bawak durian banyak giler. Hebat...hebat...
I pun nak jugeeeeekkkk. Hihi...
Suasana dalam kedai
 Wow...artis Malaysia ke yang tengah makan sebab ramai sangat yang ambil gambar ni?? 
 Saya ada tanya dia apa maksud Ucok? Ucok tu maksudnya orang lelaki. Macam pangkat abang ke...pakcik ke. Hmmm...macam tu lah. Kalau saya salah tafsir...maafin ya.
Nom...Nom..Nom....sedap. Tapi....rasanya sedap lagi durian Segamat, Johor. Hihi.
Uuuuu.....yummy!!!!
 Marsha anak Maklang dah jatuh cinta dengan sate kerang la pulak. Kami pun dah terjebak sama tersuka. Hahahaha...
Ok...kebetulan dah ke sini kami pun singgah ke kedai kek selebriti muslimah Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi. Nama kedainya MEDAN PAR PAR. Jalan kaki dari kedai Ucok Durian. Dekat jer...Ada jual pelbagai jenis kek. Sedap bangat.
Assalamualaikum Mbak Oki...tak dapat jumpa live...tengok gambar pun jadilah. 
 Ada pelbagai pilihan kek. Rambang mata. hahahaha
Jemput makan ya...sedap!!!!

Ok, ketemu next episode ya. Babai....







Tuesday, 9 April 2019

PAJAK / PASAR IKAN & MASJID RAYA AL-MASHUN - BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018)

PAJAK / PASAR IKAN & MASJID RAYA AL MASHUN -BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (MAC 2018) 


Assalamualaikum & good day everybody!!!! Kali ni sambung cerita ke Pajak Ikan. Tapi tempat ini juga dipanggil Pasar Ikan. Bukan jual ikan laaa....tapi tempat jual kain batik, kain pelikat, telekung, kain pasang, tudung, handbag dan macam-macam lagilah. Memang wajib singgah sebab kat sini la masa untuk shopping sakan.

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click sebelah kanan di bawah tajuk MEDAN INDONESIA.

Day 2 : 15 Mac 2019 (Khamis)
Selepas ke Istana Maimun, kami ke Pajak / Pasar Ikan sebab tempatnya dah tak jauh...dekat sangat. 
Kat sini macet...sesak...susah nak cari parking. 
Kedai pula betul-betul tepi jalan. So, kena sentiasa berhati-hati semasa berjalan. Pastikan sentiasa jaga handbag / dompet. Kat sini juga ada peminta sedekah. Sekali dah bagi nanti makin ramai kawan-kawan dia kejar nak minta sedekah. Jadi, tetap kena berhati-hati ya.
Kat sini juga kena sentiasa berhati-hati sebab mesti ada orang yang akan ikut kita sampai ke mana-mana sahaja. Kalau kita masuk kedai, dia akan tunggu depan kedai. Lepas kita keluar kedai, dia sambung ikut balik sampai ke kenderaan kita. Dia akan pujuk dan terus pujuk...pujuk lagi sampai kita beli barang mereka. Macam contoh gambar kat atas ni tengah sesi pujuk beli barang dia. Sekali kita dah beli barang dengan dia, nanti makin ramai pulak kawan-kawan dia pujuk membeli juga. Huhu....
 Kedai pakaian kanak-kanak
 Borong kain batik & pelikat nak bagi kat family dan kawan-kawan sebagai souvenir
 Kedai baju batik
Kedai handbag
Kedai telekung
Anak tauke kedai...Aishah. Hihihi....
 Nampak pula ada orang jual roti tepi jalan. Memang kena beli....murah dan sedap bangat!!!

Ok, lepas shopping jangan lupa singgah solat di Masjid terkenal di bandar Medan iaitu Masjid Raya Al-Mashun.
Kali pertama pergi pada tahun 2014, kami tak singgah pun. Kali kedua pergi tahun 2018 pun kami masih tak pergi. Saya teringin sangat nak solat kat sini. Tapi...tu lah takde rezeki nak berhenti solat ke sini. Hmmm...sedih. So, gambar di atas ni gambar saya ambil dari Google je. Huhu....
Aternyeeeeee.... ambil gambar dari dalam kenderaan je lah ye sebab kami tak berhenti pun kat sini. Huwaaaa....sedih kot. Huhu....

Kat Medan ni saya perasan hampir kesemua kubah masjid berwarna hitam. Kalau kat Malaysia jarang sangat nampak warna hitam. Biasa kubah masjid warna hijau.
 So, akhirnya kami berhenti solat di Masjid Tarbiyah. 

Ok lah ya...stop di sini dulu. Jumpa next episode. Tata...titi...tutu...babai uolls.