curser

Tuesday, 23 April 2013

resepi agar agar milo oreo

AGAR AGAR MILO OREO


assalamualaikum....mari la try buat. senang, cepat dan sedap
 
 

Bahan-bahan :

agar-agar 25g
6 cawan air
12 sudu besar gula
15 sudu besar milo
1/2 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo (buang krim dan patahkan biskut. nak letak lebih pun boleh)

NOTE : MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN SENTIASA KACAU

pengajaran untuk diri sendiri sebab masa kite buat ni, kite lupa nak kecilkan api. pastu kite tak kacau. kite biarkan je kat atas dapur. tetiba kuah agar agar tu menjeluak. hangit sikit. dah la nak kasi keluarga mertua makan. ish3.....teruk...teruk...teruk.....tapi husband cakap sedap jer. ye ke? ke sebab nak sedapkan hati kite? huh.....

 
 basuh agar agar terlebih dahulu.
 masuk agar agar dan air dalam periuk dan masak hingga agar agar cair
 
 
sementara tunggu agar agar cair, bancuh gula dan milo dengan air panas supaya tidak berketul dan mudah larut. selepas agar agar cair, masukkan gula dan milo dalam periuk. masak sehingga sebati..
 

kemudian masukkan susu cair (terpulang la nak pakai susu cap apapun) dan masak hingga sebati dan biarkan kuah sedikit pekat. masukkan biskut oreo dalam periuk dan kacau hingga sebati


tuangkan agar agar yang sudah siap dimasak ke dalam bekas kesukaan anda dan tunggu seketika.
kemudian masukkan ke dalam peti sejuk


tadaaaaa.....inilah hasilnya. yummy!!!!! rasa milo dan oreo. memang la rasa milo dan oreo sebab dah terang2 ni agar agar milo oreo. eeee...ngok ngek :)
 
ok viewer.....selamat mencuba. kalau ada anak kecil lagi diorang sukakan...kan...kan.....
 
 

Friday, 1 February 2013

resepi kek coklat

KEK COKLAT
 
 
........... Home Made Chocolate Cake............
 
 
semalam (31.01.13) adalah hari lahir suami kite yang tersayang. so, kite buatkan kek coklat untuk si dia. huh....bersungguh2 kite buat kek ni.

ni kite nak share cara buat kek coklat. resepinya guna sukatan cawan...tak payah nak guna gram la, liter la...tu semua melecehkan bile nak sukat.

bahan2 nak buat kek coklat adalah..........
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko/milo
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan air kosong suam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur
bahan untuk topping atas kek plak.....
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 2 sudu besar majerin/mentega

tengok la buku resepi kite....penuh dgn percikan2 koko, berminyak sana sini. teruk3...huhu...


....jom buat sama-sama....

masukkan 2 cawan tepung gandum dalam bekas. tengok la bekas yg kite pakai tu....dah berpuluh tahun...legend & classic

masukkan 1 teh sudu soda bikarbonat, 1 cawan koko/milo, 1cawan gula. gaul hingga sebati

masukkan 3 biji telur satu persatu, 1 sudu teh esen vanilla, 1 cawan susu pekat manis. kacau la hingga sebati yer
 
masukkan 1 cawan air kosong suam, 1 cawan minyak masak. pastu mcm biasa la...kacau la sampai sebati. itu je la ayat biasa....sebati....sebati....sebati....
 
 hmmm...tak yah la korang nak menipu. confirm korang jilat makan coklat tu kan. kalau tak korang, maybe anak2 korang. hehehe...:)

adunan tadi masukkan dlm loyang. tapi sebelum tu....sapukan majerin kat loyang supaya kek tidak melekat. ikut la nak bentuk loyang camne. puas kite cari loyang bentuk love. akhirnya jumpa gak...tp leper la. tak kisah janji bentuk love yg kite nak tu ada. ye la...nak buat pun tuk hubby tersayang.

pastu masukkan dlm oven. bakar dgn suhu 160-180C selama 1jam. lupa la nak bgtahu....korang kena panaskan oven tu terlebih dahulu. dah panas baru leh masukkan kek yg nak dibakar. lepas dibakar, itulah hasilnye. cantiknyeeeee.......
 
sementara tunggu kek masak, meh kite buat topping atas kek. masukkan 1 cawan susu pekat manis, 2 sudu besar serbuk koko dan 2 sudu besar majerin/mentega dalam periuk kecil. masakkan atas dapur dgn api sederhana sehingga sebati. pastu lepas siap masak, biarkan sejuk seketika
 
ok...sapukan topping pada keseluruhan kek
 
pastu hias la kek mengikut kreativiti masing2. adoyai...spoil la strawberry tu. time kite nak snap gambar, time tu plak dia tergolek
 
alhamdulillah...finally siap gak kek kite. xde la comel mana pun sbb kite bukan chef...tp inilah hasil tangan seorang isteri untuk suami tercinta
 
SeLaMaT HaRi LaHiR aBaNg....31 Jan 2013

setiap kali kalau kite nak buat kek, mesti kite akan teringat pertanyaan anak sedara ku yg kembar. masa tu rasanya umur mereka 3-4tahun kot. siapa yg tanya pun kite x ingat...rina ke dina. ater....nama pun kembar.

anak sedara kembarku : makcik buat apa tu?
kite : makcik buat kek
anak sedara kembar ku : oooo...makcik buat kek hepi besday to u yer....

hahahahah.....bapak panjang gile dia sebut nama kek tu. akan ku kenang sampai bile2. hepinyeeee...:)
 

Thursday, 24 January 2013

perkhidmatan kanopi - muadzam shah

PERKHIDMATAN KANOPI - MUADZAM SHAH PAHANG


PERKHIDMATAN KANOPI UNTUK DISEWA,

MUADZAM SHAH PAHANG

(tema biru turquoise)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua :-)

kami menyediakan perkhidmatan kanopi untuk macam2 function seperti kenduri kahwin, tunang, aqiqah, perasmian, dll....

peralatan kami complete dengan :
 
kanopi piramid
 
kipas + lampu
kerusi plastik + sarung kerusi
kerusi banquet + sarung kerusi
 
meja + alas meja
meja buffet + alas meja + skirting
(warna mengikut permintaan)
 
meja bulat + alas meja + table runner
(warna mengikut permintaan)
scallop
( warna mengikut permintaan)
 
hiasan makan beradab
 
meja pengantin + meja potong kek

kawasan operasi kami sekitar di Muadzam Shah dan kawasan yang berhampiran. sekiranya luar daripada kawasan Muadzam Shah, caj pengangkutan akan dikenakan.

sila hubungi :
  • En. Bakar 013 - 921 9171
  • Pn. Maimunah 013 - 980 5943


 
 
  CONTOH TEMA BIRU TURQUOISE


 
 yang ni tema biru turquoise + putih
 
 
 pasang kat desa tanjung...rumah 'ibu' & 'abah'
 
 
 desa tanjung antara customer tetap kami...thanks penduduk desa tanjung yg setia dgn perkhidmatan kami. dan terima kasih juga sbb selalu tlg kami susun kerusi meja :)
 
 

 tempat makan VIP
 

antara contoh hiasan makan beradab...biasanya kami buat simple je khas untuk sebelah pengantin lelaki (menyambut menantu) sebab kami bukanlan mak andam sbb tu sempoi jer. hehe....:)
 
 
nanti kami post gambar lagi yer....ni pun kebetulan hari ni tak keje...cuti maulidurrasul. barulah ada masa sikt nak update blog ni.

Sunday, 30 December 2012

PERKHIDMATAN KANOPI UNTUK DISEWA, MUADZAM SHAH PAHANG


PERKHIDMATAN KANOPI UNTUK DISEWA,

MUADZAM SHAH PAHANG


Assalamualaikum & salam sejahtera semua :-)

kami menyediakan perkhidmatan kanopi untuk macam2 function seperti kenduri kawen, tunang, aqiqah, perasmian, dll....

peralatan kami complete dengan :
 
kanopi piramid
 
kipas + lampu
 
kerusi plastik + sarung kerusi
 
kerusi banquet + sarung kerusi
 
meja + alas meja
 
meja buffet + alas meja + skirting
(warna mengikut permintaan)
 
meja bulat + alas meja + table runner
(warna mengikut permintaan)
 
scallop
 ( warna mengikut permintaan)
 
hiasan makan beradab
 
meja pengantin + meja potong kek
 

kawasan operasi kami sekitar di Muadzam Shah dan kawasan yang berhampiran. sekiranya luar daripada kawasan Muadzam Shah, caj pengangkutan akan dikenakan.

sila hubungi :
  • En. Bakar                     013 - 921 9171
  • Pn. Maimunah             013 - 980 5943


 
 
 
  CONTOH TEMA BIRU + PINK

 yang ni tema biru + pink
 
 rumah pengantin di atas bukit....tinggi tu...kat desa jati
 
 sungguh mencabar nak pasang kanopi kat desa jati ni...hanya ada 1 jalan sahaja. masa ni lah kerjasama daripada jiran sangat2 diperlukan dan masa ni lah juga kite dapat lihat 'perangai' sebenar jiran kite....

 kami akan pastikan perkhidmatan kami kemas, teratur & bersih

 antara contoh hiasan makan beradab...biasanya kami buat simple je khas untuk sebelah pengantin lelaki  (menyambut menantu) sebab kami bukanlan mak andam sbb tu sempoi jer. hehe....:)
 
 
ok lah....nanti kami akan post kan gambar yang lain plak yer...bye

Sunday, 23 December 2012

KONVOKESYEN 2012

MAJLIS KONVOKESYEN UNITEN - 3 NOV 2012 (SABTU)

NUR AMIRAH BINTI BAKAR (GM083358)
BACHELOR OF INFORMATION TECHNOLOGY (GRAPHIC & MULTIMEDIA)
UNITEN JULY(2008)-APRIL(2012)

KENANGAN.....