curser

Saturday, 21 June 2014

AYUMI HOMESTAY MUADZAM SHAH, PAHANG

Updated : 22 FEB 2021

AYUMI HOMESTAY 

MUADZAM SHAH, PAHANG 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Kepada viewers yang sudi singgah ke blog kami utk mencari homestay, kami mengucapkan terima kasih banyak2...

Insya Allah kami akan memberi service yang terbaik untuk pelanggan2 kami..

PEACE YOH!!!!!




Peta ni..hala tuju nak ke Ayumi Homestay Muadzam Shah. Tapi zaman sekarang dah canggih. Guna sahaja aplikasi Waze 

Peta hala tuju nak ke Bandar Muadzam Shah..
 Rasa dah complete kami letak fasiliti2 kat muadzam nih... Ada UNITEN, Hostel UNITEN, Hospital, Bomba, Dll...Jangan takut...pusing2..tak akan sesat nyer...Ho..ho..ho...


GAMBAR HOMESTAY

1) Garaj Kereta Berbumbung 
  • Boleh parking 2 kereta
  • Satu kereta parking secara serong & satu lagi kereta parking secara lurus

2) Ruang Tamu & Ruang Makan
  • TV & Complete Channel ASTRO Beyond (Full Package) (HD, ASTRO Sport,ASTRO English Movie,ASTRO Mustika, ASTRO Cartoon,ASTRO Korea,ASTRO Tamil & sebagainya). Terms & Condition Apply.
  • Sofa
  • Meja Makan
  • Iron
  • Arah kiblat disediakan (atas ceiling)

3) Bilik Tidur (Master Bedroom)
  • King bed
  • Bilik air
  • Aircond & Kipas
  • Tuala
  • Telekung & Sejadah
  • Hair dryer
  • Extension Plug
  • Extra Bantal & Tilam TOTO
  • Arah kiblat disediakan (di atas ceiling)

4) Bilik Tidur (Bilik Kedua & Ketiga)
  • Bilik Air (kongsi bilik kedua & ketiga)
  • Aircond & Kipas (kecuali bilik ketiga tiada aircond)
  • Bilik kedua (dua katil) & bilik ketiga (satu katil)
  • Tuala
  • Sejadah
  • Extra Bantal & Tilam TOTO
  • Arah kiblat disediakan (di atas ceiling)
  • Extension Plug


5) Dapur
  • Peti Ais
  • Mesin Basuh (bakul baju & sabun basuh disediakan)
  • Rice Cooker
  • Heater & Cerek
  • Pinggan, Mangkuk, Cawan, dll
  • Air Mineral Ditapis
  • Dapur gas (bahan mentah tidak disediakan)
  • Ampaian Baju (disediakan di hadapan rumah & di belakang rumah berbumbung)         

Ini Ciku...telah pergi tinggalkan kami buat selama2nya...kucing yang paling senang yang pernah kami jaga. Ciku nak tumpang glamour gak....nak masuk blog :)

Terima kasih kepada semua yang sudi search dan sewa dgn homestay kami. Kami akan berikan service yang terbaik buat anda....In Syaa Allah...


SEKIAN, TERIMA KASIH & JEMPUT DATANG LAGI :)

Sunday, 22 December 2013

KUIH CARA BERLAUK BAKAR

......assalamualaikum semua..........

hari ni saya nak kongsi resepi kuih cara berlauk bakar. 

let's check it out!!!!!



A) bahan adunan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air 
  • 1/2 cawan susu segara atau santan
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
B) bahan inti :
  • daging cincang ikut suka hati nak banyak mana. lagi banyak lagi sedap (banyak dah daging yang siap dicincang jual kat supermarket)
  • sedikit minyak untuk tumis
  • sedikit air 
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit serbuk kari (ikiut suka)
  • daun kari
  • sedikit gula dan garam
C) bahan hiasan :
  • cili merah dihiris
  • daun sup dihiris
  • bawang goreng (jika tak suka tak yah letak)
cara buat :
  • panaskan oven terlebih dahulu 170 C 
  • blend semua bahan A hingga sebati
  • tuang dalam loyang (sapukan majerin kat loyang agar tidak melekat) dan ketepikan seketika
  • tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan jintan putih
  • panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi
  • pastu masukkan cili kisar, serbuk kari, daun kari, gula, garam dan air
  • masukkan daging dan kacau hingga masak
  • setelah bahan B siap dimasak, dengan menggunakan sudu besar, letakkan inti tersebut dalam loyang tadi sedikit demi sedikit sehingga penuh. 
  • taburkan cili, daun sup dan bawang goreng di atasnya. pastu bakar selama 1jam atau sehingga masak


tapi mak kite cakap...........kuih cara berlauk bakar yang kite buat ni "kuih pemalas" sebab kuih ni 

sebenarnya kena masak guna loyang khas. kuih cara berlauk yang "rajin" dan traditional seperti gambar kat

 bawah ni.....ni zaman mak dulu2. hehehe.....kuih yang kite buat ni zaman master chef. hehehhe...


Sunday, 10 November 2013

KEK BATIK MOIST

assalamualaikum....

biasanya kite makan kek batik tu rasa keras kan? di sini saya nak kongsi resepi kek batik tu rasa lembut dan cair di mulut bila makan. hehehehehe.....nama resepi ni.....

KEK BATIK MOIST

bahan2 :
  • 250g butter
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 10 sudu besar milo
  • 1 sudu besar nescafe (kasi ada aroma sikit :-D )
  • biskut marrie dipecahkan kepada 4 (ikut suka nak banyak mana)
cara-cara :
  • pukul butter bersama gula hingga kembang
  • pukul telur satu persatu
  • masukkan milo dan kacau sebati
  • masukkan nescafe dan kacau sebati
  • masukkan air dan kacau sebati
  • masukkan bahan yang telah diadun tadi ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. sentiasa kacau hingga pekat dan macam berketul2 sikit
  • masukkan biskut marrie dan kacau rata
  • selepas siap dimasak, masukkan ke dalam bekas yang cantik dan biarkan seketika. masa masukkan kek tu, tekan-tekan sikit dengan sudu/senduk nasi agar kek mampat dan rata. kemudian, masukkan dalam peti sejuk
  • bila dah sejuk, potong dan siap untuk di ngap!!!! hmmmm.....memang moist


  • selamat mencuba......memang MOIST!!!!

Wednesday, 1 May 2013

Resepi Snek Salad a.k.a Ssambap

SNEK SALAD AYUMI'S POYO

A.K.A SSAMBAP


assalamualaikum kawan2....................
 
gara gara mengikuti game show runningman (korea game show), kite baru tahu serba sedikit berkenaan makanan korea. salah satunya SSAMBAP.....iaitu sejenis makanan nasi dan lauk diletakkan di atas salad. pastu gulung salad tu....dan makan!!! sesuai kepada mereka yg nak diet :)
 
kali ni kite nak share resepi snek salad a.k.a ssambap versi melayu. tapi sebelum tu...kite nak letak gambar running man. kikikiki.....


 

bahan :
  • salad
  • tomato (potong dadu)
  • nugget yg telah digoreng (potong dadu)
  • hotdog yg telah digoreng (potong dadu)
  • sos cili & tomato
  • mayonis
  • jus lemon, garam, lada hitam, cheese, atau apa2 perasa tuk menyedapkan lagi snek ni (ikut kreativiti masing2)

cara buat :
  • basuh daun salad sehelai2 dan toskan
  • goreng nugget dan hotdog terlebih dahulu. pastu potong bentuk dadu.
  • bersihkan tomato dan potong bentuk dadu
  • masukkan nugget, hotdog dan tomato ke dalam bekas besar.
  • masukkan mayonis, sos cili & sos tomato
  • masukkan perasa seperti perahan jus lemon ke, sos lada hitam ke, apa2 lah yg korang suka
  • gaulkan sehingga sebati
  • ambil dalam 1 sudu bahan yang telah digaul tadi ke atas daun salad.
  • gulung daun salad dan NGAP!!!!! apalagi.....makan la.....

bahan yang telah siap digaul semuanya....
 
gambar kiri tu gambar kite punye. gambar kanan tu gambar original ssambap. sepatutnya kena pakai daun salad seperti dalam gambar kanan tapi salad ni jer yang ada dalam peti sejuk. belasah je la...janji salad kan.
 
pastu gulung......pastu makan la....memang diet betul :)
 
kite rasa....snek ni juga boleh dijadikan salah satu makakan utama untuk anak2 makan sebab biasanya budak2 ni susah nak makan sayur kan. ok lah....selamat mencuba yer.

Tuesday, 23 April 2013

resepi agar agar milo oreo

AGAR AGAR MILO OREO


assalamualaikum....mari la try buat. senang, cepat dan sedap
 
 

Bahan-bahan :

agar-agar 25g
6 cawan air
12 sudu besar gula
15 sudu besar milo
1/2 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo (buang krim dan patahkan biskut. nak letak lebih pun boleh)

NOTE : MASAK DENGAN API SEDERHANA DAN SENTIASA KACAU

pengajaran untuk diri sendiri sebab masa kite buat ni, kite lupa nak kecilkan api. pastu kite tak kacau. kite biarkan je kat atas dapur. tetiba kuah agar agar tu menjeluak. hangit sikit. dah la nak kasi keluarga mertua makan. ish3.....teruk...teruk...teruk.....tapi husband cakap sedap jer. ye ke? ke sebab nak sedapkan hati kite? huh.....

 
 basuh agar agar terlebih dahulu.
 masuk agar agar dan air dalam periuk dan masak hingga agar agar cair
 
 
sementara tunggu agar agar cair, bancuh gula dan milo dengan air panas supaya tidak berketul dan mudah larut. selepas agar agar cair, masukkan gula dan milo dalam periuk. masak sehingga sebati..
 

kemudian masukkan susu cair (terpulang la nak pakai susu cap apapun) dan masak hingga sebati dan biarkan kuah sedikit pekat. masukkan biskut oreo dalam periuk dan kacau hingga sebati


tuangkan agar agar yang sudah siap dimasak ke dalam bekas kesukaan anda dan tunggu seketika.
kemudian masukkan ke dalam peti sejuk


tadaaaaa.....inilah hasilnya. yummy!!!!! rasa milo dan oreo. memang la rasa milo dan oreo sebab dah terang2 ni agar agar milo oreo. eeee...ngok ngek :)
 
ok viewer.....selamat mencuba. kalau ada anak kecil lagi diorang sukakan...kan...kan.....