curser

Sunday, 23 August 2015

SOKAIFAT BANI SAEDAH & PERKUBURAN BAQI - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

SOKAIFAT BANI SAEDAH & PERKUBURAN BAQI 

p/s : cerita sebelumnya atau selepasnya boleh click pada link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

Di Madinah ada tempat yang menarik untuk dilawati tanpa naik bas ok....jalan kaki jer. Mari kita melawat taman seperti taman di syurga yang dikenali sebagai Sokaifat Bani Saedah.

Taman ini akan memukau pemandangan manusia yang pertama kali sampai kerana tamannya yang sangat cantik, hijau & mendamaikan. Sebab kat tempat lain terasa panas dan berdebu. Kat taman ni rasa macam tak nak balik...nak baring kat sini boleh? macam fairy tale gituuu :)

Tempat ini dijadikan tempat para sahabat bermesyuarat selepas kemangkatan nabi dan tempat perlantikan khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq.

sempat merakam sedikit suasana di taman ini. sebenarnya nak ambil gambar tapi tertekan video tu yang terakam sikit tu. percaya tak apa yg kite bagitahu? sangat hijau dan mendamaikan. siap ada bunyi kicauan burung. Masya Allah...tenang rasanya

abah buat magic bertukar menjadi pak arab tapi terkantoi. hahahahha....

 sayang betul suami kite dengan ayah mertuanya. semoga abang menjadi menantu yang soleh dan disenangi oleh keluarga kami. ameen.....

 kyusuk kami mendengar taklimat daripada abah kami mutawwif tak berlesen. hihihi....
kami sayang abah

 semoga sentiasa menjadi keluarga bahagia selamanya. amin....

 cantikkan taman kat sini? rasa sejuk jer....rasa macam nak golek2 kat sini boleh? hihihi....

sempat lagi ma dan abah dating. kwang...kwang....kwang...

 sian....selfie sorang2. takde life partner lagi :)

we are easy sister....runningman!!!!

OK....mari cerita serba sedikit berkenaan Perkuburan Baqi pulak.

 abah tengah pening baca tu sampai tergaru2 kepala....paham ke tidak tu? huhu....

 kawalan ketat...woman not allowed, man only wokey

pada zaman dulu kubur ini jauh dari Masjid Nabawi tapi bila Masjid Nabawi makin besar maka makin dekat la dengan kubur ni. kubur ini bersebelahan dengan pagar Masjid Nabawi.

nak ke sini ada waktunya iaitu dibuka selepas subuh hingga pukul 8 pagi dan selepas asar hingga sebelum 30 minit maghrib. memandangkan masa abah dan suami kite ke sana mereka tak ambil gambar...so, kite ambil gambar ini semasa abah buat haji pada November 2013.

kesian kat kami kaum hawa tidak dibenarkan masuk. snap gambar dari jauh je lah :(

jumpa di next episode...next stroy pulak yer

Saturday, 22 August 2015

PENGALAMAN DI MADINAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

PENGALAMAN DI MADINAH

Alhamdulillah....akhirnya sampai ke cerita utama iaitu MADINAH. Allahuakbar.....terasa seperti mimpi apabila dapat jejakkan kaki di tanah nabi Muhammad S.A.W.

cerita sebelumnya atau seterusnya sila click link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

Setelah 4-5 jam perjalanan daripada Jeddah, akhirnya kami sampai di bumi Madinah. Mutawwif akan bagi serba sedikit taklimat dalam bas apabila telah sampai ke Madinah.

Ingat ye kawan2....bila dah sampai ke Madinah....kite kena baca doa jejakkan kaki di Madinah. Kalau tak hafal boleh rujuk pada buku gantung kat leher. tengok buku tu....sentiasa ada di tangan. jangan ditinggalkan yer. sangat2 berguna2.

 Haaa....barulah nampak pokok hijau. Selama perjalanan daripada Jeddah ke Madinah nampak batu jer. Kan cantik bila ada pokok hijau kan...

Kat sana....jika nak pokok sentiasa hijau, mereka buat piping kat setiap pokok supaya pokok mendapat air yang secukupnya. 

 Banyak sangat hotel. Tak nampak syarikat2 besar atau perumahan penduduk kat sini. kalau ada pun jauh sikit la...

Tak pasti itu bangunan apa....

Masya Allah....cantiknya pembinaan hotel di sini. Hotel di Madinah sangat tersusun kerana tanah buminya yang rata. Berbeza hotel di Mekah tidak tersusun kerana tanahnya berbukit bukau

Nampak tak ada bangunan roboh? Haa....kat sini pembinaan hotel sangat rancak. Ada yang dirobohkan, ada yang tengah dalam pembinaan. Bila tengok hotel yang roboh tu dah macam mainan plak... 

Tengok traffic light tu,,,,ada traffic light kecik kat tiang tu. Tak pasti untuk apa....pastu cuba tengok kat jalan raya tu. Ada banyak batu2 kecilkan? Kat Madinah dan Mekah memang banyak batu2 kecil kat jalan raya tu sebab negara mereka kaya dengan batu. Kalau kat Malaysia guna cat buat line/garisan kat jalan raya.

Nak shopping? Jangan risau....ada banyak pilihan dan kedai2nya tak jauh pun. Setiap hotel mesti ada je kedai shopping. Setiap kali nak pergi ke masjid atau balik dari masjid mesti akan lalu depan kedai2 ni. Kalau arah balik dari masjid tu ok lah nak shopping. Kalau arah nak pergi masjid memang kena kuatkan iman jaga mata jangan nak usha2 barang nak shopping. Hihi....

Kami tinggal di HOTEL JAWHARAT AL-ASIMAH. Ini kawan sebilik dengan kami...Makcik Lin dan Pakcik Rashid dan anak lelaki mereka. Ingatkan bujang rupanya dah kawen. Melepas untuk adik aku....hahahaha...

 Ada masa free selepas solat subuh dan breakfast boleh la berjalan2 di sekitar situ. Insya Allah...tak akan sesat. Banyak tempat2 bersejarah di situ.

Ikutkan kami kena berjalan bersama mutawwif tapi abah kamikan dah pernah ke sana...So, abah kami la yang jadi mutawwif kami. Dengan penuh confident plak tu abah jadi mutawwif tak berlesen. Pastu apa yang abah sampaikan cerita atau sejarahnya pun kami tak tahu la tepat ke tidak fakta yang diberikan. Hahahaha....abah....abah....sesuka hati jer.

Cuaca masa ni tak lah panas sangat tapi saje nak pakai spec hitam sbb silau sikit. Hihi...cuaca masa ni berangin....mutawwif cakap bulan Mac adalah peredaran cuaca sejuk ke panas

 Nak berjalan pakai pakaian kasual dan santai pun boleh janji pakaian tersebut sentiasa menutup aurat

 Melawat masjid-masjid para sahabat Rasulullah tapi kami tak ingat masjid ini siapa punya. Ada Masjid Ghamama, Masjid Ali r.a dan Masjid Umar r.a

 Masjid-masjid ini dijadikan tempat para sahabat menyampaikan dakwah atau khutbah seperti khutbah raya, dll

Masjid-masjid ini dibina sebagai tugu tapak tempatnya para sahabat berdakwah dan dijadikan tempat bersejarah. Walaupun itu masjid tetapi semua orang sembahyang di Masjid Nabawi kerana jaraknya lebih kurang dalam 100 meter sahaja. Lagipun solat di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda.

 Melawat pasar baru dan pasar lama. Pasar lama adalah tempat Rasulullah meniaga, Haaa....kepada yang ada business sendiri anda telah mengikut salah satu sunnah Rasulullah. Alhamdulillah...

 Ini adalah pasar baru. Barang2 jualan ditinggalkan macam tu jer. Insya Allah....tiada siapa yang berani mencuri kerana penduduk di Madinah semua dari golongan baik2.

Shopping....jangan tak shopping. Kami beli jubah, inai, perfume, dll

 Banyakkan burung? jangan risau burung ini tak akan berak atas korang dengan syarat korang jangan fikir atau terlintas di hati ayat seperti ini...."eh, burung banyak2 ni tak terberak atas orang ke?" Pop...confirm nanti burung tu berak atas korang. Hahahahha...So, lebih baik diam jer. Jangan banyak cakap yer :)


Ustaz cakap....kat Madinah atau Mekah nanti jangan terhad bersedekah kepada sesama manusia sahaja. Sedekah boleh dipanjangkan kepada binatang lain seperti beri makan dan minum kepada burung dan kucing. Masya Allah...mudahnya nak bersedekahkan?

Ok, kita sambung next story pula yer.






Sunday, 2 August 2015

VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM YA AHLI SYURGA

VIDEO CARA MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH STEP BY STEP DARIPADA MULA HINGGA SELESAI

p/s : pengalaman kami mengerjakan umrah dan ziarah boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah dan ziarah.


Alhamdulillah....Allah berikan kami jalan untuk membantu kawan2 di luar sana untuk belajar tentang umrah dan ziarah dengan lebih mudah, pantas dan senang difahami.

Bagi mereka yang pertama kali nak mengerjakan umrah dan ziarah, kenalah menambahkan ilmu di dada dengan cara menghadiri kursus yang disediakan oleh agensi masing2. Tapi kadang2 tak sempat nak gi kursus kan atau dah pergi kursus tapi tak ingat-ingat dan tak paham-paham jugak.

Kami percaya setiap daripada anda terutama yang pertama kali hendak mengerjakan umrah akan menggunakan Mr. Google untuk mencari info berkenaan cara2 mengerjakan umrah.  Kami pun alami perkara yang sama. Kadang2 info tu dah ada tapi terlalu rumit dan sukar difahami, info tidak tersusun, dan kena buka banyak blog untuk dibaca.

Oleh itu, kami siapkan video ini untuk memudahkan anda semua. Video Tuan Hj Mohd Firdaus Mat Saad ni memang best, very simple tapi sangat padat. Walaupun kami sudah hadiri kursus dan baca pelbagai buku, kami sekeluarga juga study melalui video ini. Study melalui pendekatan video lebih cepat faham daripada baca buku sorang2 dalam bilik tapi tak paham2. hahaha.... 

Video ini kawan2 boleh search kat youtube tapi kami upload dan susunkan dalam blog kami untuk memudahkan anda semua. Terima kasih kepada MariaFirdaus kerana upload video ini dalam youtube. Izinkan kami ambil video ini dan masukkan ke dalam blog kami yer. Moga Allah gandakan pahala kepada Tuan Hj Mohd Mat Saad dan MariaFirdaus. Semoga ilmu ini membantu kawan2 di luar sana.


SOALAN 1 : dokumen yang perlu disediakan

SOALAN 2 : persiapan mengerjakan umrah
 

SOALAN 3 : saya nak pergi umrah sekarang, saya nak buat apa

SOALAN 4 : barang yang nak dibawa ke tanah suci

SOALAN 5 : perjalanan daripada KLIA ke Jeddah

SOALAN 6 : keistimewaan bumi Madinah

SOALAN 7 : ibadah di Masjid Nabawi

SOALAN 8 : ziarah dalam masjid Nabawi

SOALAN 9 : kelebihan dan tips berada di Raudhah

SOALAN 10 : ziarah di luar Madinah

SOALAN 11 : barang nak dibeli di tanah suci

SOALAN 12 : sejarah dan keistimewaan mekah

SOALAN 13 : pengetahuan asas mengenai kaabah

SOALAN 14 : keistimewaan Masjidil Haram

SOALAN 15 : pengertian, rukun dan wajib umrah

SOALAN 16 : pengertian tawaf dan cara melakukannya

SOALAN 17 : pengertian saie dan cara melakukannya

SOALAN 18 : bergunting dan bertahlul

SOALAN 19 : wajib umrah dan pantang larang ihram

SOALAN 20 : perjalanan umrah dari madinah sehingga selesai

SOALAN 21 : ibadah di Masjidil Haram

SOALAN 22 : ziarah luar di mekah

SOALAN 23 : bagaimana nak buat umrah banyak kali

SOALAN 24 : nasihat tambahan untuk menunaikan umrah

SOALAN 25 : tawaf wida'

NOTA TAMBAHAN : cara memakai kain pelikat semasa dalam pantang larang ihram
ok....dah habis dah. diharapkan video ini dapat membantu anda di luar sana yer.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH!!!!!























Thursday, 23 July 2015

AIRPORT JEDDAH KE MADINAH - UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA

UMRAH DAN ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif - Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

AIRPORT JEDDAH KE MADINAH

Alhamdulillah...bertemu lagi kita ke cerita no.3 iaitu pengalaman kami di airport Jeddah ke Madinah.
cerita sebelumnya atau selepasnya sila click link di sebelah kanan di bawah tajuk PENGALAMAN UMRAH & ZIARAH.

Kami bertolak dari aiport Abu Dhabi pada jam 2.00am (waktu Abu Dhabi - lewat 4jam daripada waktu Malaysia) dan sampai di airport Jeddah pada jam 4.00am (waktu Arab - lewat 5jam daripada waktu Malaysia).

 Ya Allah....teruja sangat2 apabila dapat jejakkan kaki kami di bumi Jeddah.

Flight kami masih sama iaitu ETIHAD tapi kali ini flight besar giler sebabnya terlalu ramai umat manusia yang transit di airport Abu Dhabi yang hendak menunaikan umrah terutama umat manusia dari Negara Indonesia. Tengoklah fligh kat belakang kami tu.....besarnya.

Ingat lagi tak cerita 'seram sejuk' kami kat aiport Abu Dhabi tu? Haaaaa....sampai je kat airport Jeddah terus kami cari toilet. Nasib baik masa kami sampai tu toilet tak ramai orang. Ini muka happy dan lega selepas mem'buang'. Akan kami kenang cerita 'seram sejuk' kami ini sampai bila2. Hahahahahaha....terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan pengalaman manis kami di sini :)

Haaaa....korang semua boleh agak tak jemaah ini dari negara mana? Kalau tengok dari segi pemakaian mereka mesti korang dapat agakkan? Mereka jemaah dari Negara Indonesia!!!

Suka betul tengok pakaian mereka. Mereka akan berpakaian seragam bercorak batik baik lelaki mahupun perempuan. Ini baru satu colour. Ikutkan group lain ada yang warna hijau, purple, oren, dll. Terima kasih Ya Allah kerana aku dapat belajar sesuatu dari adat dan budaya mereka.

Ada satu lagi cerita 'unik' dan 'menguji tahap kesabaran' sebelum mengerjakan umrah. Kami semua perlu beratur panjang untuk lepas di kaunter imegresen. Dah beratur panjang tetiba ada petugas seperti polis kat situ panggil kaum hawa untuk beratur di kaunter yang dikhaskan untuk kaum hawa. Apalagi...berlarilah kami ke kaunter situ. Berebut-rebut dengan orang Indonesia. Siap potong barisan tu. Masa tu ada sedikit hot jugak tapi sabar....Allah nak uji kita tu. Rezeki untuk saya, adik saya dan mak saya dapat barisan paling depan.

Tapi, kami rasa kasihan sangat layanan polis/staff di situ terhadap kaum hawa berkulit hitam. Sangat tidak adil. Staff situ layan kaum hawa Malaysia dan Indonesia dengan sangat baik tapi mereka layan kaum hawa berkulit hitam dengan kasar. Saya tidak pasti kenapa...tetapi berdasarkan cerita orang2 yang dah pernah ke sini bagitahu kaum hawa Malaysia dan Indonesia sangat sopan santun dan lemah lembut manakala kaum hawa berkulit hitam bersikap kasar dan degil. Saya pun dah lihat dengan mata saya sendiri. Kaum hawa kulit hitam tersebut berani melawan staff/polis kat situ. Wallahuallam....

Ok, kaum hawa sudah lepas kaunter imegresen. Kasihan untuk kaum Adam. Mereka kena beratur terlalu lama. Selepas kaum hawa selesai, polis kat situ utamakan pula kaum adam warga emas termasuklah abah kami. Itu pun lama jugak kami tunggu abah kami nak lepas kaunter tu. Adalah dalam 2 jam beratur. Sian kat abah kami dan pakcik2 yang lain kena berdiri terlalu lama.

Elok je abah kami lepas kaunter imegresen jam sudah pukul 6.00am.
so, kami terus tunaikan solat subuh.

Kite lah petugas setia menjaga bag jemaah semasa mereka semua pergi ke tandas dan menunaikan solat subuh. Nampak macam sikit je beg tu tapi kalau ambil gambar dari jauh penuh kite dikelilingi dengan beg berwarna merah :)

Si isteri menunggu si suami keluar daripada kaunter imegresen dengan penuh kesabaran. Kasihan suami kita dan lelaki muda yang lain. Terpaksa beratur lama. Suami saya dan jemaah muda yang lain  dapat lepas kaunter pada pukul 8.00am.

Bayangkan mereka kena beratur selama 4jam (4.00am - 8.00am) itupun jadi lambat sebab petugas kaunter tu buat leceh-leceh la...saja buat lambat2 la...pastu boleh plak tinggalkan kaunter terlalu lama. Terpaksalah suami dan jemaah lain solat subuh kat tempat mereka beratur tu. Huhu...sian sungguh lah. Tapi...terima kasih kepada Allah kerana beri kami pengalaman pahit dan manis di sana :)

Sementara tunggu en.suami tak lepas2 keluar kaunter imegresen, kita 'berwefie' dulu wokey!! teruja tengok pokok tamar kat belakang tu. Pemandangan yang sangat lapang dan luas. Seronoknya!!!!!

Kami jelajah satu aiport Jeddah. Bagunan 1 tingkat sahaja dan taklah terlalu besar. Cuaca tak panas lagi. Berangin sangat...

 Tak berapa pasti ini project bangunan apa. Tapi rasa ini aiport Jeddah yang baru kot.

Banyak bas yang telah disediakan mengikut agent travel masing2.

Alhamdulillah kami dapat bas baru, Sangat selesa dan luas. Tapi kasihan bagi mereka yang dapat bas lama, kecil dan buruk. Apa yang saya perasan, yang naik bas lama tu adalah warga berkulit hitam. Mereka orang susah agaknya. Ya Allah...rasa insaf pada diri ini. Syukur selalu....

Ok, kami nak berangkat ke bumi Madinah. Bas bertolak jam 9.30am. Selamat tinggal Jeddah, Nanti kite berjumpa time balik nanti yer.

 Berbeza sungguh pemandangan kat Malaysia. Sini penuh dengan padang pasir, bukit dan gunung berbatu. Jalan highway dia memang best. luas dan tak berlubang2 macam kat Malasyia. Sebab apa....sebab negara mereka penuh dengan batu keras. hihihi :)

Ok....berhenti rehat sekejap untuk makan dan membuang qada' hajat. Kita makan dulu kat Al-Maseef Restaurant. Rasa teruja sangat sebab 1st time nak makan makanan orang arab ni. Hihi....kami je yang jakun. Ma dan abah kami tak heran pun sbb mereka dah pernah makan.

 Amboi adik mira.....manja betul dengan abah. Ye la...belum ada pasangan lagi. Hik3...masa kami beli pop corn kat kedai belakang tu, adik kena ngurat dengan pak arab. Yang kelalar tu boleh selamber je dia ngorat depan ma abah kami. Dia nak baju sejuk yang adik kite pegang tu. Amboi....gatainye....tapi memang handsome la. Ahaks!!!!

 Kedai kat belakang tu macam2 ada....nak beli sabun ker, makanan ker, kain ihram ke....semua ada kat situ. Tapi kami tak belilah. masuk melawat jer.

 Lonely....I am so lonely....I have no body...no...no...no...you still have Allah and family ok. Saje nak tunjuk pemandangan kat belakang tu. Luaskan pemandangan alam. Tak nampak pokok pun. Cuaca pun tak panas.....malah rasa sejuk dan berangin. Suka3....

 Ok....jom breakfast. Nampak tak botol kecik2 tu. Haaa....jangan dibuang botol tu. Boleh guna time emergency seperti time nak membuang qada' hajat ke, time nak ambil wudhu' ke, nak isi air zam zam ker....sangat berguna time2 nak beribadat tau.

 Makan dalam talam. macam roti chapatti. ada kuah dal, scramble egg, daging black pepper kot. Sedap sangat sampai rasa macam tak cukup. Sedap ke tak sedap ke kena cakap sedap sebab sekarang ni kite di bumi Madinah dan Mekah. Tapi tak berani nak makan banyak2 nanti perut meragam. Haippp....datang ke sana bukan nak melantak yer...Datang ke sana nak beribadat ok.


Ini air teh. Ya Allah.....pahitnya air teh dia. Tapi kat sana tak leh cakap pahit. Kena cakap manis :)
Dah bubuh gula pun still pahit.

 Suasana dalam Al-Maseef Restaurant. Masa ni cuaca sejuk tau!!!! Bukan sejuk sebab kipas tapi sejuk berangin. Tarikh kami pergi ni tarikh perubahan cuaca daripada sejuk nak ke cuaca panas. Cuaca mendung2 dan berangin gitu!!

Dalam Al-Maseef Restaurant. Jemaah tidak perlu beratur ambil makanan. Nanti pihak mereka yang akan hantar makanan kat meja.

Ok....jemaah teruskan semula perjalanan ke Madinah. Ini stesen minyak dan masjid.

Ini masjid jugak kot....main snap gambar jer ni.

Ok, selesailah sudah cerita di Jeddah. Kami sampai di Madinah pada jam 2.00pm. Perjalanan daripada Jeddah ke Madinah dalam 4-5 jam. Moh kite sambung cerita di Madinah. Bermulalah cerita yang dinanti-nantikan. Next story plak wokey!!!