curser

Tuesday, 12 May 2020

BERCUTI PULAU TIOMAN, PAHANG - PART I

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG  
PART I (Nov 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca blog kami. 

Kali ini kami nak share pengalaman bercuti di Pulau Tioman pada 14 - 16 November 2019 (Khamis - Sabtu) selama 3 hari 2 malam. Kami saje pilih tarikh hari weekday sebab tak nak sibuk dengan ramai orang pada hujung minggu dan elak musim cuti sekolah. Pastu nak ke pulau ni kena elakkan musim tengkujuh. 

Next story boleh click kat kotak belah kanan tajuk Pulau Tioman.
Kami ni dah lama tinggal di Muadzam Shah sejak wujudnya UNITEN Kampus Muadzam Shah iaitu pada tahun 2001. Tapi saya tak pernah langsung jejakkan kaki ke Pulau Tioman. Tanyalah semua pelajar UNITEN KSHAS, most of them dah pernah ke sana. Haishhh.... buat malu je. Orang lagi jauh dah sampai ke sana.

Ntah macammana masa borak2 dengan keluarga mertua, tetiba abah sebut nak bercuti di Pulau Tioman. Haaa....apa lagi terus la kami bincang untuk bercuti di sana. Kadang2 ni bila nak bercuti, tak boleh plan awal2 nanti tak jadi. Kena plan tetiba baru jadi. Hahaha.....

Dari Muadzam Shah nak ke Tioman boleh pilih guna Jeti Tanjung Gemok, Rompin atau Jeti Mersing, Johor. Yang paling dekat adalah Jeti Tanjung Gemok, Rompin tapi tarikh kami pilih tu Jeti Tanjung Gemok tutup sebab bahaya dah nak dekat musin tengkujuh. Nak selamat better naik dari Jeti Mersing, Johor. Walaupun jauh sikit janji selamat. 

Kami tempah tiket feri secara online jer. Lebih senang dan kita boleh pilih seat masing-masing. Kami guna Cataferry. Harga tiket seorang dewasa untuk pergi dan balik RM60.

Day 1 : 14 Nov 2019 (Khamis)
Kami gerak dari Muadzam Shah jam 7.30am dan perjalanan ke Jeti Mersing, Johor dalam 2 jam. 

Kami singgah sarapan di kedai kawan lama abah mertua di Rompin.
 Sedap giler roti canai pakcik ni. Hmmm...nom...nom...nom...
Kedai nampak biashe biashe jer....tapi sedap sangat!!!!

Insya Allah ada rezeki kami singgah lagi sarapan kat kedai pakcik ya.
Ok, kami dah sampai di Mersing. Memandangkan keluarga kami ramai, kami bawa 3 kenderaan. Nak selamat, boleh parking di Jeti Mersing. Harga parking tak ingat tapi murah juga. Yang penting kenderaan Insya Allah dijaga dengan selamat.
Tapi, sebab kami nak jimat, 2 buah kenderaan kami tumpang parking kat rumah kawan Angah. Lapang betul laman rumah dia. Semoga Allah lipat gandakan pahala kawan Angah sebab beri kami tumpang parking kat rumah dia.
 Sebelum naik feri, wajib bergambar kat sini. Bukti dah sampai Jeti Mersing. Hoho...
Perlu beli tiket "Fi Pemuliharaan Taman Laut" sebelum menaiki feri. Tanggungjawab kita semua untuk menjaga kehidupan laut.
Gambar di terminal jeti Mersing sebelum naik feri.
Bergambar dalam feri. Excited betul budak-budak ni yaaa....
Laut Cina Selatan boleh tahan jugak la ombak dia. Boleh muntah ooiiii....mabuk laut. Huhu
Kanak-kanak sebenarnya tidak boleh naik atas feri ni sebab bahaya. Tapi kalau nak naik juga perlu ada pemantauan orang dewasa. Faham yaaa....
Fefelling sweeeeeeettt lah sangat. Hihi
Berangan nak pergi Pulau Jeju Korea. Hahahaha....
 Hijaunya air kat Pulau Tioman ni. Kalaulah pandai berenang...dah terjun ni. Haish :) 
Salah satu keunikan di Pulau Tioman iaitu Gunung Nenek Semukut. 
Bila nampak Gunung Nenek Semukut rasa terjua sangat. Masya Allah cantik sungguh ciptaan Allah.
Korang kena alert announcement dalam feri nak turun kat jeti mana sebab ada banyak perhentian antaranya Jeti Mukut, Jeti Genting, Jeti Paya dan Jeti Tekek. Punyalah excited sampai je kat Jeti Tekek lupa nak ambil gambar kat TV announcement tu. Huhu....
Dari dalam feri dah boleh nampak hotel kami. Tak sabarnyaaaaaa!!!!!! Selesa Kondotel Tioman. Saya tempah rumah peranginan TNB sebab saya staf TNB. So, dapat jimat banyak giler. Alhamdulillah.... Terima kasih TNB.
Gambar dari Google. Hihi... Minta halal ya :)
 Alhamdulillah...kami sudah sampai di Jeti Tekek. Sejuknya kat sini.... hijau dan biru je pemandangan kat sini.
 Sampai je kat Kampung Tekek, kami pergi makan tengahari dulu. Lapar ooooo.... Tapi kedai makan banyak dah tutup. So, takde banyak pilihan. Dah lapar...sedap aja. Hihi. Nama tempat ni Kompleks Terminal Kampung Tekek.
Lepas makan, kami singgah sekejap kat kedai tingkat atas. Ada kedai jual barangan runcit, souvenirs, barang kelengkapan diri dan macam-macam lagi. So, kami beli sikit untuk memasak kat apartment nanti. 
Inilah kenderaan kami dari Jeti Tekek ke apartment kami. Tak tahu apa namanya. Saya panggil "air bus". Hahaha... 
Kebiasaannya pihak resort/hotel akan sediakan kenderaan untuk customer mereka apabila sudah sampai jeti bawa ke resort. Semasa nak balik nanti pun pihak resort akan hantarkan sampai ke jeti. So, korang kena lebih berhati-hati sebab masa ni akan ada orang lain offer naik kenderaan mereka dan caj agak mahal. 
Jakun woiii...hahaha.... Kena berhati-hati duduk dalam ni. Seronok giler!!!!!
Cantiknya.....terasa macam berada kat Danau Toba, Medan, Indonesia. keh..keh..keh....


Kami dimaklumkan itu tempat sarang ikan Yu. Dalam hati ni teruja sangat nak buat snorkeling kat situ tapi tahu dah...confirm husband dan abah mertua tak kasi. Huhuhu.... 
 Alhamdulillah dah selamat sampai di Selesa Condotel, Tioman. Sunyi ooiii.... dah kami pilih bercuti pada hari bekerja...mana ada orang. Hahaha
 
Kami tempah 2 unit deluxe. 1 unit RM100/night sahaja. Murahnya.... terima kasih banyak-banyak TNB.

Kami akan conquer kolam ini. Kolam ini kami punya. Hohoho....
Aktiviti pertama kat sini...mandi kolam la. Kami kaum perempuan je yang conquer kolam ni. Heaven gilerrrr... 
Lelaki semua pergi tengok pantai nak cari port memancing. 
Dan masa ni lah handphone Andak jatuh dalam laut. Huhuhu... Bertabahlah Andak. Dah la kat sini line interent slow. Takde hiburan... handphone hilang plak :(
 Apa????? Apartment kami ada penceroboh masuk??? Tidaaaaaakkkkkkk !!!!! Mujur biskut je yang kena curi. Nasib baik barang lain selamat.
Giler besar  dan ramainya monyet ni. Salah kami sebenarnya sebab kami pergi buka slinding door kat anjung padahal kat situ dah tulis jangan buka. Huhu... Kebetulan, masa tu mak sorang-sorang jer dalam apartment tu tengah masak untuk dinner. Mujur mak kami tak digigitnya. Alhamdulillah.
 Malam pertama kami kat sini kami tak keluar dah sebab pihak hotel ada bagitahu kalau boleh elakkan keluar selepas maghrib sebab sunyi. Lagipun apartment kami ni hujung sekali dan jauh sikit daripada kawasan kampung. 
So, geng lelaki lepak tengok bola kat lobi hotel. Takdelah mereka bosan sangat. Tapi, kami yang gegirl ni bosan. Huhu....

Ok, lah....cukup dulu untuk hari pertama di Pulau Tioman. Kita sambung next episod ok. Babai....














BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG - PART II

BERCUTI DI PULAU TIOMAN, PAHANG 
PART II (Nov 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca blog kami. Kali ni kita sambung part II pula ya.

Next story boleh click kat kotak belah kanan tajuk Pulau Tioman. 

Day 2 : 15 Nov 2019 (Jumaat) - Aktiviti Pagi
Masa untuk aktiviti pertama kami kat Pulau Tioman. Ala..... Kami baru jer excited nak keluar jejalan tapi hujan lebat sangat. Huwaaaa..... 
Alhamdulillah mujur sekejap jer hujan. Dapat la kami keluar berjalan-jalan. Yehaaaaa!!!!!
Ikutkan hati ni nak je buat aktiviti pakej seperti gambar kat atas. Dah alang-alang sampai kat pulau yang cantik ni kan...rugilah tak buat snorkeling. Huhu.... Tapi tahu dah...abah mertua tak akan setuju punya lah tambah-tambah lagi melibatkan keluar banyak duit. 
Takpe lah, lagipun kami ada bawa anak-anak kecil. Macam kurang sesuai buat aktiviti ni.
Kebetulan kami ada terjumpa dengan seorang abang yang uruskan sewa kenderaan semasa kami mula-mula sampai kat Jeti Tekek. Kami ada juga tanya beberapa penduduk dan staff hotel kat situ, abang ni boleh dipercayai ke? Risau kami kena tipu. Alhamdulillah... mereka kata OK.
Memandangkan kami ada 3 keluarga, takkan nak sewa 3 kenderaan. Lari bajet oooooiii. So, kami sewa 1 Kembara dan 1 Storm. Harga RM200 untuk 1 kenderaan untuk 1 hari suntuk. Maksudnya kami spend RM400 untuk sewa dua kenderaan. 
Heading to Taman Laut Pulau Tioman. Sukanya budak-budak ni duduk kat atas Storm.

Tempat pertama kami pergi adalah Pusat Taman Laut. Tempat ni terletak hujung kampung Tekek. Masuk adalah percuma.
Wajib laaa bergambar depan ni bukti dah sampai. Hohoho....
Landscaping kat sini pun nampak cantik. Hijau jer....
Dah macam rombongan tadika jer. Hohoho....
Kat dalam museum ni ada penyu betul yang telah diawetkan. Korang wajib pegang especially kat leher penyu tu untuk rasa perbezaan penyu tulen dengan penyu tipu. Rasa lembek... Eeee....rasa macam hidup plak penyu tu. Hahahaha... Best giler. Our new experience!!!!
Museum ni memang sangat sesuai untuk tambah ilmu pengetahuan dan sangat sesuai untuk yang bawa kanak-kanak.
Lepas dah pergi museum, kami tengok ikan dan bagi ikan makan kat taman laut. Tempat ni betul-betul depan museum. 
Kat sini ada sediakan tempat orang awam untuk lihat dan beri ikan makan. Terhuyung-hayang lalu atas ni. Siapa yang tak biasa memang pening la. Hahaha....
Memandangkan tak dapat snorkeling....moh le kita tengok je ikan ya. Jernih betul air laut. Boleh nampak ikan cantik dan warna-warni. Jakun sekejap. Keh...keh...keh.... Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak dan diorang memang suka giler. 
Anjang tengah feeling cari cinta hati ke tu?
Nak juga sweet. Hihi....
Mia dengan nenek
Angah dan Uswa. Nanti Uswa dah besar boleh la ke sini lagi ya.
 Subhana Allah... Masya Allah cantiknya ciptaan Allah. Rasa tenang sangat bila lihat pemandangan ni.
 Ok anak-anak....moh le balik hotel semula. Atok nak pergi solat jumaat juga walaupun sebenarnya boleh je jamak. Nak merasa suasana solat jumaat di tempat orang.
Sebelum tu, kami singgah di Vision Commerce Sdn Bhd. Katanya ni tempat bebas cukai tapi barang pun tak banyak pilihan. Tapi dah masukkan....beli la coklat sikit. Hihi... Dalam ni ada banyak jual air arak untuk pelancong asing.
Lepas tu kami singgah ke kedai runcit untuk beli barang memasak. Kat sini ada banyak kedai runcit. So, tak perlu risau ok. 
Dari Vision Commerce Sdn Bhd nak ke Agrobazaar Rakyat...kami saje nak jalan kaki. Seronok wei....segar betul udara kat sini.
Lepas tu, aktiviti kami yang mak-mak memasak la. Budak-budak main je dalam hotel. 
Yang lelaki plak semua pergi solat Jumaat. Alhamdulillah....

Ok, kita jumpa next episod. Stay tune!!!!!