curser

Wednesday, March 2, 2016

SAIE DI ANTARA BUKIT SAFA & MARWAH DAN BERTAHALLUL - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM

UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

SAIE DI ANTARA BUKIT SAFA & MARWAH 
DAN BERTAHALLUL

p/s : nak baca cerita sebelum atau selepasnya boleh click pada box sebelah kanan bawah tajuk umrah & ziarah.

Rukun umrah yang ketiga adalah saie di antara Bukit Safa & Marwah sebanyak 7 kali. Daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira 1 pusingan. Lepas tu, daripada Marwah ke Safa di kira 1 pusingan. Maksudnya, pusingan terakhir akan berakhir di Bukit Marwah.

Ada kisah di sebalik saie ini iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Hajar berulang-alik daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali pusingan untuk mencari air untuk diberikan kepada anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Ketika itu Ismail masih kecil sedang menagis kehausan sambil menghentak-hentak kakinya di tanah dan keluarlah air zam-zam.

Haaa....nampak tak lampu hijau tu? Disunatkan bagi kaum adam untuk berlari-lari anak di bawah lampu hijau kerana di sinilah Siti Hajar mula berlari-lari untuk mencari air. 

Adik ni pun pandai buat Saie tau....comel jer dia berlari2 dengan ayah dia. Ada rezeki nanti nak bawa anak sendiri pula. Amin...

Kat tempat saie ni ada tempat duduk. Kalau penat boleh duduk sebentar dan minum air zam-zam. Gambar ini kami ambil bukan masa buat saie. 

Masa ni kami nak tunggu waktu solat Subuh. So, kami lepak sini sambil melihat ragam umat nabi Muhammad membuat ibadat saie. Pastu kami suka lihat keletah kanak2 di sini. Ya Allah.....comel2...geram tengok. 

Kami ada story nak share semoga menjadi pengajaran kepada kaum Adam supaya lebih berhati-hati ketika berpakaian ihram. 

Masa adik, ibu dan suami buat saie, ada seorang lelaki ni tengah duduk atas lantai tapi dia tak perasan kain ihram dia terdedah dan nampak la...oppsss :) 

Terus suami kite pergi ke orang tu cepat2 minta dia betulkan kain ihram dia. Hihi....orang lelaki mana boleh pakai seluar kecik semasa buat ihram kan. Haa...so kenalah lebih berhati2 yer. 

Rukun umrah yang keempat iaitu bertahallul, bergunting atau bercukur rambut sekurang2nya 3 helai tapi sebaik2nya cukur semua (botak) bagi kaum Adam.  

Tips semasa nak bercukur. Kalau boleh bawa gunting sendiri. Tak perlu semua orang kena bawa. Cukup seorang atau dua orang dalam ahli keluarga kita. 

Contoh suami bawa satu gunting kecil untuk kongsi dengan ayah. Manakala ibu bawa satu gunting kecil untuk ibu dan anak perempuan. Sebab apa saya suruh bawa? Sebab....kat sana ramai orang arab offer gunting pastu mereka caj mahal dan sangat tidak berbaloi dengan harganya. 

Lebih baik pergi kedai gunting rambut dan harganya lebih berbaloi. Tak rugi pun bawa gunting sendiri sebab boleh kongsi dengan jemaah yang lain dan kita pun akan dapat pahala. 

Ahli jemaah kami....Hakim. Dia sayang nak botakkan rambut dia. Puas la kami pujuk dia gunting. Dan Alhamdulillah, pada Umrah kali yang terakhir dia berjaya botakkan rambut. Hihi....Hakim, we miss u and atok so much. Hope to see u again. Ameen...

Selepas bertahallul, rukun umrah yang kelima adalah tertib. Alhamdulillah, selesai lah umrah kami. Alhamdulillah, dapat buat umrah sebanyak 3 kali. Terima kasih Ya Allah kerana Kau permudahkan urusan kami di sana. 

1 comment:

  1. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/07/taipanqq-ini-alasan-mengapa-pria-senang.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete