BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM
SEMUA DAN ABANG FAHRIN AHMAD. hihihihi... :)
UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.
MAJLIS TAHLIL & CERAMAH PERDANA BERSAMA FAHRIN AHMAD DI JABAL NUR
Salah satu keistimewaan buat umrah bersama JUARA TRAVEL adalah adanya aktiviti MAJLIS TAHLIL & CERAMAH PERDANA bersama jemaah group Juara Travel yang lain. Secara tidak langsung boleh eratkan silaturrahim sebab dapat berkenalan dengan jemaah dari group lain.
p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click link disebelah kanan di bawah tajuk Umrah & Ziarah
Kami gerak daripada hotel selepas solat Asar ke Jabal Nur. Tapi....kami bukan mendaki Jabal Nur. Kami cuma buat aktiviti di pergigian kaki Jabal Nur sahaja.
Excited nak jumpa pelakon abang sado lagi kacak dan single (at that time la) iaitu FAHRIN AHMAD!!!!
Sebelum mula program....Mutawwif Us. Safri berikan sedikit tazkirah sebelum masuknya waktu solat Maghrib.
Seronok kat sini....open area. Solat di bawah langit membiru, dapat lihat pokok tamar dan gunung ganang dengan angin sepoi2 bahasa gituwww...
Masa ni mata ma kite dok ngantuk lagi...duk sedap dengar ceramah mutawwif Us. Safri.
Seperti biasa....kalau nak ambil gambar susah ma dan abah nak pandang kamera. Huk...huk...huk... Apa-apa pun ma dan abah tetap sentiasa berada di hati kami :)
Solat secara berjemaah & tahlil
Bermulalah ceramah perdana....nampak tak jejaka tampan berjubah hijau tu? itulah Fahrin Ahmad!!!!
Masa ni mata ma kite dok ngantuk lagi...duk sedap dengar ceramah mutawwif Us. Safri.
Antara ilmu yang disampaikan adalah berkenaan :
1. Peringkat turunnya Al-Quran :
- Daripada Allah ke Lauh Al-Mahfuz
- Daripada Lauh Al-Mahfuz ke Baitul Izzah
- Daripada Baitul Izzah ke Rasulullah S.A.W (secara berperingkat)
2. Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W adalah di Gua Hira'. Haaa...kalau nak tahu Gua Hira terletak di Jabal Nur.
3. Ciri-ciri ayat yang diturunkan di Madinah bermula dengan ayat "Ya Ayyuhal ladzina amanu...."
4. Ciri-ciri ayat yang diturunkan di Mekah bermula dengan ayat "Ya Ayyuhannas...."
5. Tanda-tanda ibadah kita diterima oleh Allah antaranya dapat hindar diri daripada melakukan perkara mungkar dan rasa nak beribadat lagi.
Itu je nota yang sempat disalin. Selebihnya banyak main2 dan berselfie...ambil gambar sana sini sebab suasananya memang best la. Terbaik!!!! Hihi...jangan marah yer Ustaz :)
Solat secara berjemaah & tahlil
Bermulalah ceramah perdana....nampak tak jejaka tampan berjubah hijau tu? itulah Fahrin Ahmad!!!!
Sebenarnya kan....saya memang dah tahu yang Fahrin Ahmad akan menunaikan umrah pada bulan Mac 2015 dan tarikh dia berangkat tu lebih awal daripada tarikh kami. Pastu kite saje sakat adik bagitahu kot2 dapat jumpa dengan Fahrin Ahmad kat Mekah nanti. Pastu kite cakap lagi...kalau dapat jumpa tu kot2 la akan jadi jodoh buat adik sebab Fahrin Ahmad masa tu masih single lagi. Ahaks....over tak berangan2 tu.
Kami tahu angan2 nak jumpa Fahrin Ahmad tak akan kesampaian sebab kat Mekah tu berjuta2 manusia kot. Tapi...yang memeranjatkan kami apabila Muatawwif bagitahu kami pihak Juara Travel akan buat majlis tahlil dan ceramah perdana di Jabal Nur dan akan menjemput Fahrin Ahmad.
Bila dengar pengumuman daripada Mutawwif...terus terjerit kitorang. Agak tergedik jugak la masa tu. kikiki...Ye la....nak jumpa Fahrin Ahmad tu. Padalah kami cuma berangan2 jer tak sangka Allah makbulkan doa kami. Mak ayah Fahrin Ahmad pun datang sama....Biar betik? betik....betik...betik....
Tapi....yang buatkan kami confuse sekarang ini....siapakah yang terlebih over sekarang ni? Rasanya ma kami yang lebih over siap bersalam dengan bakal besan. Keh3x...Siap borak2 panjang tu....kitorang masa tu dah lapar giler....perut dah berkeroncong tak sabar nak makan nasi arab kambing. Kang habis kambing melepas ooo....Huhu....
Sesi makan malam beramai-ramai. Masha Allah....sedapnya makanan arab. Tak terkata lah. Sedap giler!!! Pastu makan di bawah langit terbentang luas dan berangin sejuk. Pergh.....nak pergi lagi kat sana....seronoknya :)
Antara menunya nasi arab kambing, nasi kuzi ayam, desserts, puding gula hangus, murtabak, kek, roti, buah, air tin. Sedap!!!!!! Rasa nak ke sana sekarang nak gi makan lagi. Kat Malaysia tak sesedap macam kat sana.
Bergambar dulu sebelum balik. Ya Allah....dah gemuk dah suamiku pekena nasi arab kambing. Kite pun mata dah makin sepet. Katil dah memanggil2 suruh balik hotel cepat nak tido. Hihihi....
Terima kasih Ya Allah kerana Kau makbulkan doa kami untuk bertemu dengan Fahrin Ahmad. Janji....Lillahi Taala....rasa macam tak logik kot nak jumpa dengan Fahrin Ahmad sebab kat Mekah berjuta2 manusia. Tapi Allah MAHA MENDENGAR (As Sami'). Masha Allah....Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment