curser

Sunday, 20 March 2016

JABAL RAHMAH TEMPAT PERTEMUAN ADAM & HAWA - JUARA TRAVEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM 
BUAT KAUM ADAM & HAWA


UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TARVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.

JABAL RAHMAH TEMPAT PERTEMUAN ADAM & HAWA



Jabal Rahmah terletak di tengah Padang Arafah. Di sinilah dikatakan tempat pertemuan antara Adam & Hawa selepas mereka diusir oleh Allah dari syurga kerana ingkar pada perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi.

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk Umrah & Ziarah.

Jabal Rahmah dan jodoh tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran manusia kerana di sinilah Adam & Hawa bertemu dengan jodohnya semula. Ramai pasangan yang sudah berkahwin berdoa di Jabal Rahmah agar jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Yang bujang pula berdoa bersungguh2 kat Jabal Rahmah untuk dipertemukan dengan jodoh yang baik dan cepat. 

Masih ingat lagi taklimat yang diberikan oleh pembantu Mutwawwif kami di dalam bas semasa hendak ke Jabal Rahmah....Ada orang tanya kepada dia..."Ustaz, dimanakah tempat yang paling mustajab untuk berdoa di Jabal Rahmah? 

Sebab ramai yang percaya doa paling mustajab ialah apabila berdoa di tugu / tiang  atas bukit Jabal Rahmah. Haaa...nampak tiang biru atas Jabal Rahmah tu? Tiang itu dibina sebagai tempat pertemuan Adam & Hawa. Tapi ramai yang taksub dan berdoa menghadap tiang tersebut. Haa.....berdosa tau. Mana boleh berdoa dan mengharap kat tiang atau Jabal Rahmah tu. Kita kena berdoa hanya kepada Allah S.W.T sahaja.

Ustaz pun jawab....doa paling muastajab adalah berdoa di dalam kawasan TANAH HARAM iaitu :

1. Di dalam Kaabah
2. Hajarul Aswad
3. Rukun Yamani
4. Multazam
5. Belakang Maqam Ibrahim
6. Hijr Ismail
7. Di bawah pancuran emas 
8. Sewaktu melakukan saie 
9. Di Bukit Safa & di Bukit Marwah
10. Raudhah, Masjid Nabawi
  
Jabal Rahmah sudah berada di luar kawasan tanah haram. Bukan bermakna doa di Jabal Rahmah tidak akan dimakbulkan oleh Allah. Tapi....maksud ustaz tu adalah untuk ubah mindset orang supaya jangan terlalu taksub berdoa dan mengharap kat tiang tu mahupun Jabal Rahmah itu sendiri. 

 Nak berdoa kat sana tidak perlu panjat bukit tu pun tak pe. Yang penting doa itu mestilah menghadap ke arah kiblat.

 Semoga hubungan Ma & Abah kekal hingga ke Jannatul Firdaus. Amin....Ya Rabbal Alamin.

 Anak-anak abah dah besar dah. Hihihi....

 Berhati-hati dengan peniaga ambil gambar unta kat sana sebab harga sekeping gambar sangat mahal. Lepas tu, mereka gunakan tektik tekan gambar banyak kali. Katakan dia tekan butang snap gambar 3x....so korang kena bayar untuk 3 keping gambar. Haa....berhati-hatilah sebab ma dan abah kami dah pernah kena semasa buat haji dulu.


Sebab tu la kami bergambar dengan unta jauh. Hahahaha....Takpe lah. Janji nampak unta tu kan. 

 Kat sini ada jual aiskrim dan korang wajib beli sebab sedap sangat.

 Tengah panas2 makan aiskrim yang sangat sedap tu...Fuh, nyamannyeeeeerrr...

 Wefie dulu sebelum gerak naik bas semula. Tengok abah kami tu....boleh plak pandang belakang. Bukannya nak pandang kamera. Huk3....gelagat abah tetap comel di hati kami.

 Kami tak panjat sampai ke atas pun. Panjat sikit jer....Korang dah sampai sini, panjantlah Jabal Rahmah ni walaupun sikit jer sebab bukan senang nak sampai ke sini tau. Tapi.....kena berhati2. Silap langkah boleh tergolek dan maut. Nauzubillah...

Ya Allah, Kau panjangkan umur kami agar kami dapat jejakkan kaki kami ke sini sekali lagi untuk menunaikan ibadah haji pula. Amin...Ya Rabbal Alamin.

Gambar yang di ambil daripada dalam bas...gambar sekitar di Padang Arafah.

Yang ini pula adalah kemah untuk para jemaah Haji di Mina.

Ok, sambung cerita di episod lain pula yer, Tunggu....

No comments:

Post a Comment