BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM
UMRAH & ZIARAH (MAC 2015)
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.
JABAL THUR
p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk umrah & ziarah.
Di puncak atas Jabal Thur terdapat Gua Thur. Ia juga dikatakan sebagai tempat saksi penghijrahan Rasulullah S.A.W daripada Kota Mekah ke Kota Madinah. Di sinilah tempat Rasulullah S.A.W menyorok bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq selama 3 hari daripada Mekah untuk berhijrah ke Kota Madinah.
Inilah keadaan di dalam Gua Thur. Orang kafir Quraisy mengejar baginda sehingga ke gua tersebut tetapi tidak jadi masuk kerana ada sarang labah-labah dan burung dan sarangnya. Jadi, mereka fikir gua tersebut sudah lama dan tiada orang di dalamnya.
Nampak tak ada manusia yang tengah panjat untuk ke Gua Thur? Yang kecil2 tu yang banyak berbaju putih. Kami tak perasan pada mulanya. yang perasan adalah abah kami. Pergh....Power la mata abah padahal abah dah berumur. Terima kasih Ya Allah atas anugerah-Mu.
Nak ke Jabal Thur kena masuk ikut tembok ni. Rasa macam tak muat jer....Hihi...
Cantikkan bergambar kat bawah pokok yang menghijau ni. Barulah nampak ada hijau sebab sebelum ni asyik tengok batu dan padang pasir jer.
Kenapa Ma kami buat muka macam tu? Terasa macam ada jelmaan tetiba muncul kat belakang kami. Kikikiki.... Kami tak panjat pun Jabal Thur. Cuma ambil gambar sekitar situ sahaja.
Inilah yang dikatakan "UNTA DI PADANG PASIR". heh...heh...heh... :)
Mutawwif cakap rezeki kami dapat lihat unta sebab ikutkan kami tidak boleh melawat unta sebab ada penyakit / virus unta. Dapat tengok dari dalam bas jer. Alhamdulillah.
Kibas / kambing biri-biri sedap dimakan dengan nasi arab. Uuuu...yummy!!
Ok, mata dah ngantuk. Sambung cerita lain plak next episode.
No comments:
Post a Comment