BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA
UMRAH & ZIARAH (MAC 2015) - JUARA TRAVEL
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang.
MUZIUM 2 MASJID SUCI IAITU MASJIDILHARAM & MASJID NABAWI
Terdapat 3 Masjid Suci di dunia ini yang digalakkan untuk ziarah & solat di dalamnya iaitu :
1. Masjidil Haram, Mekah (pahala 100,000 kali ganda)
2. Masjid Nabawi, Madinah (pahala 1,000 kali ganda)
3. Masjid Al-Aqsa, Palestin (500 kali ganda)
Itu belum campur lagi dengan solat jenazah yang pahalanya sebesar bukit Uhud di darabkan dengan pahalanya yang berkali ganda. Allahu Akbar!!! Ya Allah...Ya Rahman...Allah Maha Pemurah.
Mutawwif suruh ambil gambar no. plat bas supaya tak tersalah masuk bas nanti. Waaa....handsome la Mutawwif kami Us. Safri. Kikiki.... :)
Muzium berkenaan 2 masjid yang suci iaitu Masjidilharam & Masjid Nabawi
Ramai jemaah daripada luar negara pun datang ziarah muzium ini.
Dah macam ustazah zaman dulu2 plak. Hihihi....Itulah suasana Masjidilharam sebelum ada construction yang lagi terbaru.
Masya Allah...Masjidilharam dipenuhi dengan berjuta-juta manusia...Allahuakbar..
Model Masjidilharam yang baru....Allahuakbar!!
Haaa....ni apa yer? Tahu ambil gamabr jer. :)
Ni apa plak yer? Hihihi....tahu ambil gambar jer. Ish3... Rasa macam design lampu atau tiang dalam masjid. Ye ke?
Maqam Ibrahim....kite sorang je yang tidak berpakaian umrah sebab rahsia. Hihihi.... sebab tak boleh masuk masjid. Huwaaaa...sedih :(
Tangga mimbar Masjidilharam.
Ini tiang lampu yang ada kat Hijr Ismail
Hajarul Aswad
Pintu Kaabah lama. Ma dan abah dah bersiap2 dengan pakaian umrah untuk buat umrah sunat kejap lagi. Jealous....tak dapat ikut sama buat umrah sunat :(
Tempat tenun kain Kaabah kot....
Nak bergambar macam ni depan Kaabah susah kan....Nah, ambil gambar kat Muzium ni. Hihi...Sedihnya tak dapat buat umrah sunat yang terakhir bersama suami tercinta. Huk...huk...huk... :(
Memandangkan abah yang paling veteren dalam family kami... So, abah la yang kena bergambar dengan Masjidilharam zaman dulu2.
Haaa....gapo plak ni. Adoyai....
Quran lama yang ditulis menggunakan tangan.
Mimbar Rasulullah S.A.W di dalam Raudhah, Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi. Nampak kubah warna hijau tu? Itu lah Raudhah....Ya Allah, rindu nak bertemu dengan Rasulullah. Semoga ada rezeki kami untuk ke sana lagi. Amin...
Masjid Nabawi dengan design nya yang bertanah rata dan mudah untuk ke sana.
Bergambar anak beranak dengan telaga zam-zam
Gambar lama-lama
Telaga zam-zam. Doa sebelum minum air zam-zam...
Ya Allah, Kau berikan kami i) rezeki yang luas ii) ilmu yang bermanfaat iii) penawar segala penyakit.
Ni apa? haaa....jawab2. Hihi...ambo pun dok tahu :)
Mutawwif Us. Safri dan pembantunya yang juga merupakan pelajar di sana. Masa tu, pembantu mutawwif kami ni masih single lagi. ahaks :) Kat sini pun ada disediakan air zam-zam. Tu....kat belakang tu.
Gambar kenang-kenangan di hadapan Muzium. Uish....sungguh2 suami kite pegang banner.
Di Masjid Hudaibiyah dan juga merupakan salah satu tempat untuk miqat (niat) umrah dan mengerjakan solat sunat ihram.
Kat luar masjid pun boleh solat.
Pembinaan masjid ni macam tak siap ke atau memang saje buat design macam ni yek?
Keadaan bangunan sebelah masjid. Tapi pendapat saya, persekitaran di masjid ini kurang bersih dan tidak berapa selesa. Tapi kat sana tak boleh merungut yer....tempuh jer :)
Ok, bermulalah umrah sunat kami yang ketiga. Keluarga saya dapat buat umrah terakhir sebelum balik ke Malaysia tapi saya jer yang tak boleh. Takpe lah...janji yang umrah wajib dah dibuat kan. Takmo sedih2 ye Rahayu :)
No comments:
Post a Comment