curser

Monday, 16 May 2016

MENARA JAM @ MAKKAH CLOCK ROYAL TOWER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA 

UMRAH & ZIARAH (MAC 2015)
Mutawwif Us. Safri & Us. Nazmi, Muadzam Shah, Pahang

MENARA JAM @ MAKKAH CLOCK ROYAL TOWER 

Dah sampai Mekah....rugi tak masuk ke menara Zam Zam. Orang yang kaya raya jer mampu menginap di Hotel Zam Zam ni....hotel bertaraf 7 bintang gituuuu... Tak dapat tidur dalam hotel ni, dapat jalan2 dalam menara zam zam ni pun dah kira bersyukur tau :)

p/s : cerita sebelum atau selepasnya boleh click pada box sebelah kanan di bawah tajuk umrah & ziarah.

 Makkah Clock Royal Tower atau dikenali juga sebagai menara jam "raksaksa" atau dikenali juga sebagai menara Zam Zam dibina betul2 di hadapan pintu utama Masjidil Haram. Bangunan ini kedua tertinggi selepas bangunan pertama paling tinggi iaitu Burj Al Khalifa di Dubai.

Pada waktu malam, jam pada menara akan berwarna hijau dan boleh dilihat dari jarak 17km. Manakala, pada waktu siang jam akan nampak berwarna putih dan dapat dilihat dari jarak 12km. 2juta lampu LED di bawah jam dinyalakan 5 kali sehari sebagai tanda waktu solat. Lampu ini boleh dilihat sampai 28km.

Di dalam bangunan ini ada hotel bertaraf 7 bintang dan shopping complex jual barang2 mewah. Jubah mahal giler kot.....mampu tengok je lah :)


ambil gambar selepas siap buat tawaf

Kalau sesat....cari Menara Jam sebagai panduan nak balik ke hotel

Ya Allah....Rindu nak ke sana lagi. Jemputlah aku dan keluarga ku sana untuk menunaikan Umrah dan Haji. Amin....

Sebelum Zohor buat tawaf sunat dan Alahmdulillah dapat berdoa di hadapan Multazam dan solat sunat di dalam Hijr Ismail bersama suami, ibu dan adik. Lepas siap solat Zohor kami singgah di sini dulu. Rasa macam janggal pergi shopping complex pakai telekung. Hihi....

Window shopping jer......nak beli fikir banyak kali. Lebih baik beli kat kedai luar hotel lagi murah. 

Adakah menara jam ini tanda-tanda hari kiamat?

Food court.....Ya Allah....rambang mata nak makan yang mana satu. Rasa macam nak makan semuanya!!!!

Tengok la menunya....semua sedap2. Air jus buah wajib ada....yang paling special jus buah mangga dan delima dan WAJIB cuba ok. Memang sedap....rugi kalau tak cuba.

Kami beli nasi banjir ayam 1 set berharga 30 riyal lebih kurang bersamaan RM30. Kami beli satu jer sebab boleh kongsi untuk 3 orang sebab nasi banyak dan ayam besar. Pastu beli air jus delima. Ya Allah.....sedapnya....TERBAIK!!!! 

Mereka akan berikan plastik untuk lapik meja. Nampak tak plastik corak bunga merah tu? Lepas makan gulung plastik tu bersama bekas makanan dan buanglah ke dalam tong sampah yer.

Rasa macam nak makan kat sini hari2 boleh? Sebab sedap sangat!!! Ada rezeki nanti nak singgah makan kat sini lagi. In Sya Allah.

Tapaukan kebab turki untuk ma dan abah sebelum balik semula ke hotel.

Nak naik kapal tergantung tu....tapi tak bukak la plak. Huk...Huk...Huk...

Haaaa....mampu ambil gambar depan kedai jer. Nak masuk dan beli memang tidak lerrrrr. Hihihi... Gambar jual jubah mahal2 tak ingat nak ambil. Huhu.....

The next day....I cannot solat. Huk...huk...huk... So, beranikan diri jalan sorang2 dalam menara Zam Zam ni. Dapat la beli shawl dan beli sekali lagi air jus delima untuk diri sendiri, untuk ma dan adik. Seronok tengok ma minum air delima tu. Sekali sedut je dah habis. Sedap sangat la tu :)


Video ini dirakam oleh abah kite sebab tu la goyang2. Hik...Hik...Hikkk....sorry yer.

Ok....jumpa next episod plak.











No comments:

Post a Comment